Jika seseorang itu mati dan meninggalkan harta, dimana hartanya akan dibahagikan? baca ni...


Pengurusan Harta Pusaka Di Malaysia

1. Mahkamah Tinggi

  • Nilaian harta : melebihi RM2,000,000.00
  • Wasiat bagi bukan Islam
"Harta pusaka besar"

Probate : Kalau ada wasiat, akan turun kepada wasi sebelum diturunkan kepada waris-waris.

Surat Kuasa Mentadbir : Wasiat (orang Islam) lebih RM2 Juta kena ke Mahkamah Tinggi


2. Unit Pembahagian Pusaka Kecil (UPPK)

  • Nilaian harta tidak melebihi RM2,000,000.00
  • Tanpa wasiat - bagi bukan Islam
  • Mesti ada harta tak alih (tanah / rumah)
  • Harta alih (jika ada) boleh dibicarakan sekali
"Harta Pusaka Kecil"


3. Amanah Raya Berhad

  • Nilaian harta tidak melebihi RM600,000.00
  • Harta alih sahaja
  • Cth ; kereta, saham, wang simpanan dll

4. Jabatan-jabatan tertentu

  • Nilaian harta tidak melebihi RM2,000.00
  • cTH kwsp, ASN, LTH

5. Mahkamah Syariah

  • Berbidangkuasa mengeluarkan Sijil Faraid.
  • mendengar dan memutuskan pertikaian yang berkaitan dengan pusaka.
  • menentukan waris-waris yang berhak mewarisi harta pusaka dan bahagian masing mengikut faraid
  • menentukan kesahihan wasiat / hibah
  • menentukan hak atau bahagian harta sepencarian
  • menentukan kesahtarafan anak
  • menentukan kesahan perkahwinan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Artikel ini

No comments

Powered by Blogger.