Laman Utama » » Jenis Insurans kereta

Jenis Insurans kereta

كڤد اورڠ اسلام يڠ تله چوكوڤ عمور 21 تاهون، سيلا دفتر سباڬاي ڤميليه اونتوق اندا دبنركن مڠوندي ددالم ڤيليهن راي. اورڠ اسلام يڠ تيدق امبيل ڤدولي ڤوليتيك، اكن دڤيمڤين اوليه اورڠ ڤوليتيك يڠ تيدق اكن ڤدوليكن اسلام.

ماري كيت مڽوكوڠ ڤرودوق دان ڤرنياڬان مسلم كران مسلم يڠ كاي اكن ممبريكن منفعة كڤد سلوروه اومت اسلام ملالوءي زكاة، صدقه دان واقف.


Siapa dan apa yang dilindungi akan bergantung pada jenis insurans kereta yang anda beli. Pihak yang terlibat ialah anda sebagai pihak pertama, syarikat insurans sebagai pihak kedua dan orang lain yang terlibat dalam kemalangan sebagai pihak ketiga.



Pengecualian-Polisi insurans kereta komprehensif yang standard tidak melindungi :


  • Kematian atau kecederaan diri anda sendiri
  • Liabiliti terhadap tuntutan daripada penumpang kenderaan anda
  • Kecurian aksesori kenderaan yang tidak dipasang di kilang (pemain cakera padat, kerusi kulit, rim sport dan sebagainya) kecuali aksesori tersebut telah dinyatakan dalam jadual polisi kontrak.
  • Kerugian turutan, susut nilai, haus dan lusuh, kerosakan elektrik atau kegagalan mekanikal atau pecah
  • Kerugian / kerosakan akibat bencana alam seperti banjir, tanah runtuh.
Sila rujuk kontrak polisi anda untuk mengetahui senarai penuh pengecualian polisi. Walau bagaimanapun, anda boleh membayar premium tambahan untuk melindungi sebahagian daripada pengecualian di atas seperti banjir, tanah runtuh atau liabiliti anda terhadap tuntutan daripada penumpang kenderaan anda (penumpang yang merupakan ahli keluarga terdekat anda tidak akan dilindungi).

Kajian kes

Ahmad membeli polisi insurans kereta komprehensif dan membayar premium tambahan untuk liabiliti perlindungan penumpang. Beberapa bulan kemudian, semasa Ahmad memandu bersama-sama kakaknya Aida pergi ke bandar, kereta tersebut terbabas dan melanggar sebatang pokok.

Ahmad dan Aida telah mengalami kecederaan. Polisi insurans tersebut hanya membayar kos membaiki kenderaan Ahmad dan bukan tuntutan kecederaan pada diri Ahmad kerana polisi tersebut tidak melindungi kematian atau kecederaan individu yang membeli polisi ini. Walaupun Ahmad mempunyai liabiliti perlindungan penumpang, tuntutan kecederaan pada diri Aida tidak dibayar kerana dia merupakan salah seorang ahli keluarga terdekat Ahmad.

Sumber : Bank Negara Malaysia (dipetik dalam Berita Harian)
Jika anda ada perniagaan dan produk Muslim yang hendak kami viralkan secara PERCUMA sila WhatsApp kami Klik Disini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan di media sosial

No comments

Powered by Blogger.