Burger paling sedap di Jerteh ada cerita tersendiri


Pengalaman 15 tahun Menjual Burger.

Ini burger kegemaran masyarakat bandar Jerteh berhampiran rumah saya.

Kehebatan lelaki ini adalah daripada 15 tahun pengalaman menjual burger di tepi jalan begini. 
Dulu beliau pernah ada rakan kerja untuk menggoreng dan membungkus. Sekarang tinggal beliau seorang sahaja.

Saya pernah tanya, kenapa tidak cari pekerja tambahan supaya lebih cepat. Walhal beliau sangat pantas menggoreng dan membungkus.

Beliau jawab, “Susah, orang buat tidak secepat kita buat, akan bertambah lambat."

Saya kata, “Betul juga."

Patutlah rakan kerja beliau dulu saya lihat pantas juga membungkus dan menyusun tempahan.

Kehebatan beliau, sangat pantas menggoreng, dan membungkus burger, bahkan semua tempahan langsung tidak dicatat walaupun pelbagai tempahan yang datang. 

Bukan setakat itu, beliau juga cam wajah pelanggan dan jenis tempahannya sekali. Apabila kita tempah dan kita ke tempat lain dulu sementara burger siap. Apabila kita datang, terus dihulurkan burger yang kita tempah tadi.

Ini burger Mat Ju atau Abe Zul.


Cerita asal:

https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=1881457142146147&id=100008456376669


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Artikel ini

No comments

Powered by Blogger.