Laman Utama » » Baik dan buruk pasang bar keselamatan pada kereta

Baik dan buruk pasang bar keselamatan pada kereta

كڤد اورڠ اسلام يڠ تله چوكوڤ عمور 21 تاهون، سيلا دفتر سباڬاي ڤميليه اونتوق اندا دبنركن مڠوندي ددالم ڤيليهن راي. اورڠ اسلام يڠ تيدق امبيل ڤدولي ڤوليتيك، اكن دڤيمڤين اوليه اورڠ ڤوليتيك يڠ تيدق اكن ڤدوليكن اسلام.

ماري كيت مڽوكوڠ ڤرودوق دان ڤرنياڬان مسلم كران مسلم يڠ كاي اكن ممبريكن منفعة كڤد سلوروه اومت اسلام ملالوءي زكاة، صدقه دان واقف.


Saya menyedari Proton Saga Serba Baru hadir dengan bar keselamatan pada bahagian atas penyerap kejutan hadapan selain banyak kedai aksesori mencadangkan pemasangannya bagi model kereta lain. Adakah pemasangan ini memberi pengendalian lebih baik?



Seperti lazimnya, setiap benda ada baik dan buruknya. Penggunaan bar keselamatan atau front strut  bar membantu mengukuhkan tapak pegangan penyerap kejutan bahagian hadapan kereta.

Daya hentakan diterima roda hadapan akan diserap penyerap kejutan yang menampung beban berat kereta.

Hentakan kuat mampu mengegarkan kereta dan apabila membelok, daya sisi akan turut menyengetkan kereta dan geometri kereta berubah menyebabkan kawalan stereng akan terkesan.

Pemasangan bar keselamatan membantu mengukuhkan kereta dan menghasilkan kawalan serta pemanduan lebih mantap.

Namun begitu, harus difahami sedikit lenturan masih diperlukan untuk memberikan kawalan baik dan ini bermakna bukan sebarangan besi boleh direka sendiri untuk diikat sebagai pengganti bar keselamatan.

Bar keselamatan berkualiti mampu menangani sedikit lenturan supaya stereng tidak terasa terlalu keras dan mampu berbalik semula kepada keadaan asal.

Keburukannya pula, kereta dengan bar ini mempunyai hubungan langsung antara tapak penyerap kejutan sebelah kiri dan kanan.

Jika terbabit dengan pelanggaran sisi, kesan kerosakan kemalangan akan turut menyebabkan kerosakan geometri atau kerangka kereta.

Sumber : Mingguan Metro
Jika anda ada perniagaan dan produk Muslim yang hendak kami viralkan secara PERCUMA sila WhatsApp kami Klik Disini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan di media sosial

No comments

Powered by Blogger.