Air radiator kering dan enjin bunyi "tappet" bila dimatikan

Kalau ada apa-apa cerita atau produk nak dikongsi ke dalam blog ini, terus je pm facebook Kriss Merah <= klik


Saya menggunakan saga FLX tahun 2011. Pernah berlaku masalah penutup radiatornya tercabut. Saya teruskan pemanduan sehingga air radiator kering. Selepas hantar ke bengkel, prestasi kereta masih baik tetapi dari enjin mula dihidupkan sehingga enjin dimatikan bunyi "tappet" kedengaran. Ramai mekanik yang saya temui mengatakan ia berpunca daripada tappet. Adakah ia boleh jejaskan bahagian lain?

Tappet anda mungkin disebabkan oleh enjin overheat. Overheat berpunca dari radiator dan mungkin telah menjejaskan crankshaft ataupun camshaft anda. Adakah bunyi itu dari crankshaft ataupun camshaft? Boleh rujuk kepada mekanik kerana jarang tappet akan terjadi. Jika masalah memang dari bahagian itu, enjin anda akan mengalami overheat lagi ataupun kurang kuasa.

Overheat boleh menjejaskan dan timbul masalah di dalam enjin, mungkin valve anda alami kerosakan. Bagi tappet, ia boleh dibetulkan dengan baiki semula valve clearance kereta anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Cerita ini klik button di bawah

No comments

Powered by Blogger.