6 Khasiat buah kurma/tamar


Kurma (Phonex dactylifera) atau tamar ialah sejenis tumbuhan yang berbuah dan boleh dimakan sama ada ketika sudah masak atau masih mentah. Kurma dikatakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang sebahagian daripadanya sudah terbukti secara saintifik. Dalam kitab suci al-Quran terdapat 21 ayat yang menyebut tentang kurma.



Dari sudut sains pula mengatakan, kandungan protein dalam kurma lebih kurang 2.5 peratus, serat 8.0 peratus manakala kandungan gulanya pula sangat tinggi, yakni sehingga 63 peratus, majoritinya ialah glukosa. Lemak yang terkandung di dalamnya pula sangat sedikit iaitu sekitar 0.4 peratus saja. Kurma juga terkenal dalam dunia perubatan tradisional memandangkan kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, vitamin A, C dan niasin.

Berikut khasiat yang terdapat dalam buah kurma / tamar

1.       Paling pantas diproses dan diserap, sekali gus memberikan tenaga segera

Memandangkan kandungan gula ringkasnya (monosaccharide) yang sangat tinggi malah lebih tinggi daripada pisang, kurma berupaya memberikan “tenaga segera” yang akan diserap oleh tubuh serta-merta.

2.       Kaya dengan serat dan potassium

Kurma dimakan tanpa perlu membuang kulitnya dan pada kulitnya itulah terkandung serat, serat larut mahupun tak larut. Tahukah anda, dalam 100 gram kurma terdapat 8 gram serat.

3.       Penguat memori

Ramai yang berfikiran hanya kismis yang baik untuk menguatkan daya ingatan, namun hakikatnya kurma juga tidak kurang hebatnya dan amat sesuai untuk kanak-kanak yang sedang membesar.

4.       Baik untuk wanita mengandung atau bersalin

Buah kurma amat baik untuk wanita mengandung dan memudahkan wanita untuk melahirkan anak serta mengurangkan pengaliran darah semasa proses kelahiran. Anak yang dilahirkan kelak dipercayai akan mempunyai sifat-sifat yang baik, penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.

5.       Merawat penyakit
Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus seperti serbuk the. Biji ini direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.

6.       Mengubati gangguan usus dan sembelit


Ketidakserasian dengan gluten menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna. Kurma mencegah ini daripada berlaku.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Artikel ini

No comments

Powered by Blogger.