Tempoh idah dan larangan

Jika ada cerita yang menarik atau produk perniagaan yang mahu kami viralkan, sila Whatsapp kami di 014-9678920

Minta ustaz jelaskan berapakah tempoh idah dan apakah perkara yang dilarang dilakukan oleh isteri dalam tempoh itu?

Tempoh idah adalah berdasarkan keadaan wanita ketika diceraikan. Sebagai contoh wanita yang biasa mempunyai haid yang teratur jika diceraikan maka tempohnya adalah tiga kali suci manakala wanita yang tidak pernah disetubuhi tiada idah. (Rujuk al-Baqarah : 228)

Dilarang ketika idah diceraikan seperti dipinang atau disampaikan hasrat untuk berkahwin dengannya. Tidak sah berkahwin dengan lelaki lain ketika idah. Tidak boleh meninggalkan rumah suaminya kecuali izi atau oerceraian akibat pertelingkahan yang memudaratkan. Tidak perlu berkabung dan digalakkan boleh berhias terhadap suami bagi menimbulkan kasih sayang bertaut kembali antara suami isteri untuk merujuk.

Bagi yang kematian suami, maka wajib pula ia berkabung dengan  tidak berhias dalam tempuh idah iaitu empat bulan 10 hari oleh kerana hukum idah mempunyai pelbagai keadaan yang perlu dijelaskan maka adalah lebih sesuai dirujuk kepada ulama.

- Ustaz Haslin Baharim (Mingguan Metro)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Artikel ini

No comments

Powered by Blogger.