Setiap kali menghidupkan aircond kereta, suhu meter turun


Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,


Saya memiliki Proton Wira Sedan 1.5 (A) dan masalah dihadapi apabila setiap kali saya menghidupkan pendingin hawa, jarum suhu meter turun mendadak (dalam keadaan shuhu enjin normal). Mengapa keadaan ini berlaku?

Suhu enjin lazimnya menurun apabila kita menghidupkan penyaman udara kerana kipas penyejukan pada kondenser sistem penyaman udara aktif.

Kondenser berada di hdapan radiotor dan kesan penyejukannya turut dialami radiator bagi penyejukan enjin.

Enjin yang normal jarang mendatangkan masalah berbeza dengan enjin yang mengalami kepanasan melampau.

Namun begitu penurunan serta-merta dan terlalu mendadak dalam sekelip mata berkemungkinan kereta anda mengalami masalah meter kurang tepat atau pendawaian.

Secara logiknya, suhu enjin tidak turun secara mendadak dan ketara. Cuba bawa kereta anda ke pakar elektrik berdekatan. Kemungkinan disebabkan penurunan voltan sementara akibat bateri kurang baik.

VIRALKAN ARTIKEL DI ATAS
Klik button Facebook, Twitter, WhatsApp di bawah



Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.