Sejarah pahlawan Melayu dan cukai


Tok Janggut

Pada 29 April 1915, Haji Hassan Panglima Mat Munas (Tok Janggut) bangkit menentang British kerana cukai. Seratus tahun dahulu British dengan licik memisahkan empat wilayah Tanah Melayu untuk menjadi wilayah Siam dengan Perjanjian Anglo-Siam 1909. Pada masa sama British juga memasukkan Kelantan ke pentadbiran tanah jajahan British.

Kuasa penjajah British memaksa rakyat Kelantan membayar cukai tanah, cukai kepala seringgit setahun, cukai pokok buah-buahan tiga sen setahun, cukai kelapa tiga sen setandan dan cukai sireh berjumlah lima sen setandan dan juga cukai sireh berjumlah lima sen sejunjung.

Perang Tok Janggut ialah detik awal penentangan terhadap pentadbiran British di Kelantan tercetus pada 29 Mei 1915 apabila berlaku perbalahan antara Tok Janggut dengan Sarjan Che Wan Sulaiman anggota polis British yang membawa kepada kematian Che Wan.


Datuk Maharaja Lela

Pada 24 Julai 1875 JWW Birch memaksa Sultan Abdullah menandatangani pengisytiharaan yang membolehkan british mengutip cukai.

Sultan Abdullah diugut diturunkan takhta jika enggan menandatangani pengisytiharan tersebut. Birch kemudian membakar rumah Raja Ngah Orang Besar Perak kerana meneruskan kutipan cukai di Bidor.

Kemarahan Sultan dan pembesar Perak memuncak pada 2 Oktober 1875, Sultan Abdullah dan pembesar Perak memuncak pada 2 Oktober 1875, Sultan Abdullah dipaksa menandatangani surat penyerahan kuasa kepada British. Kuasa kepada British. Kuasa mentadbir negeri diserahkan kepada Residen yang berkuasa melantik hakim, mengeruskan cukai dan melantik penghulu.

Birch bertindak sesuka hati dengan memperkenalkan cukai baru seperti cukai padi, perahu atap, senjata dan bayaran permit untuk membalak. Setiap isi rumah perlu membayar dua dolar sebagai cukai kelamin.

Tindakan Birch itu disifatkan sebagai mencabuli adat resam. Birch dibenci oleh Sultan dan Pembesar Perak apabila mengharamkan sistem perhambaan yang menjadi adat resam Melayu. Birch sengaja menimbulkan kemarahan orang Melayu dengan menyimpan hamba perempuan di rumahnya.

Tapak kubu pertahanan Datuk Maharaja Lela



Rentap

Rentap atau nama sebenarnya Libau Anak Ningkan iaitu pahlawan Iban yang berjuang berhabis-habisan menentang pemerintahan James Brooke di Sarawak Kingdom.

Rentap Libau membenci James Brooke hal ini kerana beliau mengetahui rancangan Brooke yang ingin mengambil tanah orang Iban di Skrang dan Saribas. Selain daripada sikap Brooke yang telah mengenakan cukai yang tinggi ke atas penduduk tempatan juga membuatkan dia membenci pemerintahan Brooke di bumi Sarawak pada masa itu.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Artikel ini

No comments

Powered by Blogger.