Pesan buat penuntut ilmu

Pesan Hujjatul Islam Dalam Menuntut Ilmu 

" Jika niatmu menuntut ilmu kerana hendak menang dalam berhujah, hendak bermegah-megah, hendak melebihi manusia serta tunduk orang lain kepada engkau, yakni engkau berhasrat supaya engkau dikasihi oleh orang sekeliling serta dapat pula menghimpunkan kekayaan dunia, maka hasratmu itu adalah merupakan suatu langkah yang engkau lakukan untuk merubah agamamu serta membinasakan dirimu.

Ia juga bererti bahawa engkau telah menjual akhiratmu dengan duniamu, ketahuilah bahawa perniagaanmu itu sangat merugikanmu, manakala orang yang mengajarkanmu itu bererti telah menolongmu melakukan kemaksiatan dan jadilah ia sekutu bagimu di dalam kerugianmu, seperti orang menjual pedang kepada penjenayah atau lanun, yang demikian itu adalah perbuatan maksiat. Barangsiapa yang menolong orang yang melakukan maksiat walaupun setengah kalimat sekalipun, nescaya adalah bersekutu baginya dalam melakukan maksiat itu."

[ Imam al-Ghazali رحمة الله تعالى dalam kitab Bidayat al-Hidayah ]



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Artikel ini

No comments

Powered by Blogger.