Perjanjian sewa rumah : apa yang perlu anda tahu?


Pihak penyewa dan tuan rumah perlu memahami isi kandungan perjanjian ini dengan terperinci supaya hak masing-masing dapat ditegakkan jika berlaku perselisihan faham.

Biasanya ia disediakan oleh tuan rumah. Juga boleh menerusi pihak ketiga iaitu peguam atau agen hartanah namun persetujuan haruslah dicapai oleh bakal penyewa dan tuan rumah sebelum ditandatangani.

Jangka masa untuk perjanjian ini ialah bergantung kepada persetujuan kedua-dua pihak, iaitu sama ada setahun ataupun lima tahun.

Perjanjian ini perlu menyatakan sewa bulanan yang perlu dibayar oleh penyewa. Selain itu deposit untuk menyewa rumah juga (biasanya, bayaran sewa untuk da bulan dan utiliti) akan dinyatakan untuk menjaga hak tuan rumah sekiranya penyewa "melarikan diri" atau merosakkan harta benda di dalam rumah terbabit.

Tetapkan tarikh tertentu (contohnya 1 hari bulan setiap bulan) untuk pembayaran sewa bagi memudahkan tuan rumah memantau bayaran. Akaun untuk pembayaran juga harus dinyatakan dalam Perjanjian Penyewaan untuk rujukan dan memudahkan kedua-dua pihak.



Senaraikan inventori barang-barang yang disediakan di dalam rumah seperti kipas, lampu, sofa, peti ais, katil dan televisyen akan turut dilampirkan bersama dengan Perjanjian Penyewaan sebagai senarai semak untuk kedua-dua pihak. Jika berlaku kerosakan kepada barang-barang tersebut, tuan rumah berhak meminta ganti rugi.

Pembaikpulihan bagi kerosakan di dalam rumah perlu dinyatakan dengan jelas dalam Perjanjian Penyewaan. Biasanya kerosakan kecil akan dibayar terlebih dahulu oleh penyewa kemudian dimaklumkan kepada tuan rumah untuk pengurangan bayaran sewa pada bulan itu. Bagi kerosakan besar, tuan rumah perlu mengambil tindakan secepat mungkin bagi kemudahan penyewa.

Selepas perjanjian ini ditandatangani kedua-dua pihak, stamping perlu dibuat di Jabatan Hasil supaya dokumen ini dikira sah di sisi undang-undang. Jika tidak, sebarang masalah yang berlaku tidak dapat diselesaikan di mahkamah dan seterusnya boleh menyebabkan ketidakadilan kepada penyewa atau tuan rumah. Bayaran stamping biasanya dikenakan kepada penyewa.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Artikel ini

No comments

Powered by Blogger.