Perbezaan Salaf dan Khalaf

توليسله اڤ يڠ كاو ليهت، چاتتله اڤ يڠ كاو فيكيركن، بيار مريك ايت تاهو بهاوا ملايو ايت بوكن سمواڽ بوليه دڤربودوهكن. كيت اومت ملايو بڠسا يڠ بردولت، اڬام اسلام منجاديكن كيت هيدوڤ برمرواه، برجواڠله ممباڠونكن بڠسا، منڬقكن اڬام دان ممڤرتاهنكن نڬارا. ايڠتله ڤسانكو اين، بيار ڤوتيه تولڠ، جاڠن ڤوتيه مات


Daripada aspek metodologi, Salaf bermaksud generasi awal Islam yang hidup dalam lingkungan 300 tahun pertama hijrah. Golongan Salaf ini antara generasi awal dan uatama dalam kalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah sejak zaman Nabi Muhammad SAW, sahabat, tabi'in dan atba' al-tabi'in yang mewarisi pegangan, fahaman dan penghayatan Islam yang unggul dan sahih. Namun, jika golongan yang hidup pada zaman itu tidak mengikut akidah yang benar seperti pengasas mazhab Muktazilah, jahmiyah, Qadariyah, Jabariyah dan sebagainya, maka mereka tidak termasuk dalam golongan tersebut.

Khalaf pula gerakan ulama yang menhidupkan dan meneruskan tradisi salaf, menolak bidaah dan khurafat agar kembali kepada al-Quran dan as-sunnah. Sesuai dengan perkembangan masa dan perluasan Wilayah Islam, segala bentuk ideologi pemikiran dan kebudayaan asing mula masuk ke dalam pemikiran dan kebudayaan masyarakat Islam. Maka golongan Khalaf terpaksa menangani permasalahan dalam mentafsirkan sumber agama Islam daripada sebarang penyelewengan dan membersihkan akidah Islam daripada sebarang penyelewengan dan membersihkan akidah Islam daripada pemikiran falsafah, Batiniyyah, Tasawuf Falsafi dan kebudayaan lama Hindu-Parsi daripada terus bertapak dalam masyarakat Islam.

Metod akidah pula golongan Salaf tidak mengambil pendekatan lain dalam memahami dan menangani isu akidah. Mereka berpegang teguh dengan nas al-Quran dan as-sunnah. Bahkan segala permasalahan yang berlaku dirujuk terus kepada dalil untuk diamalkan.

Manakala bagi isu akidah pula, golongan Khalaf berpegang juga dengan sumber al-Quran dan as-Sunnah seiring berteraskan pendekatan akal dan logik kerana keperluan  pada masa itu. Mereka bukan lagi dikelilingi bangsa Arab yang memahami dalil secara langsung, bahkan terpaksa menghadapi pelbagai etnik yang tidak bertutur dan memahami bahasa Arab.

Mereka mula memperkenalkan konsep takwil dalam mentafsirkan dalil atau ayat mutasyabihat bagi memberikan kefahaman kepada masyarakat yang diserukan dakwah tauhid. Namun segala takwilan itu bukanlah tersasar dan terkeluar dan terkeluar daripada wahyu Ilahi kerana mereka tidak mengangkat martabat akal melebihi agama, perkara ini berbeza, jika dibandingkan dengan aliran pemikiran Muktazilah yang mendahulukan akal daripada dalil agama dan akhirnya mengikut hawa nafsu serta mengabaikan dalil al-Quran dan sunnah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Cerita ini klik button di bawah
Powered by Blogger.