Mengapa Saidatina Fatimah RA paling manja dengan Rasulullah SAW

توليسله اڤ يڠ كاو ليهت، چاتتله اڤ يڠ كاو فيكيركن، بيار مريك ايت تاهو بهاوا ملايو ايت بوكن سمواڽ بوليه دڤربودوهكن. كيت اومت ملايو بڠسا يڠ بردولت، اڬام اسلام منجاديكن كيت هيدوڤ برمرواه، برجواڠله ممباڠونكن بڠسا، منڬقكن اڬام دان ممڤرتاهنكن نڬارا. ايڠتله ڤسانكو اين، بيار ڤوتيه تولڠ، جاڠن ڤوتيه مات


Berkaitan dengan pendapat yang menyatakan bahawa Fatimah RA adalah anak kesayangan Baginda SAW itu sememangnya ada kebenarannya kerana beliau anak bongsu yang paling manja berbanding dengan adik-beradiknya yang lain. Namun, Nabi SAW tidaklah bersikap pilih kasih dalam kalangan puterinya yang lain seperti Ruqayyah, Ummu Kulthum dan Zainab. Lantaran pula, puteri-puterinya yang lain sudah dewasa dan berkahwin setelah Baginda SAW dibangkitkan menjadi rasul berbanding dengan Fatimah. Hubungan yang agak rapat ini, ditambah lagi dengan hubungan Ali bin Abi Talib RA, di samping sebagai sepupu dan juga menantu menjadikan kasih sayang Baginda SAW kepada mereka mengatasi mereka yang lain.

Perbuatan pilih kasih atau memilih bulu ini adalah perbuatan yang tidak baik, malah Nabi SAW sendiri melarangnya. Namun dalam hal ini, ia tidak wujud langsung masalah pilih kasih kerana Fatimah RA tinggal bersama dengan Nabi SAW sehingga usianya mencecah 20 tahun. Manakala adik beradiknya yang lain awal berkahwin dan tidak tinggal bersama dengan Baginda SAW.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Cerita ini klik button di bawah
Powered by Blogger.