Masalah haid atau sengugut yang wanita perlu ambil tahu


Haid yang normal ialah antara lima hingga tujuh hari dengan jumlah pengaliran darah yang agak seimbang, manakala ada yang sampai dua minggu hingga 25 hari. Dalam keadaan apabila berhadapan dengan situasi terlalu panjang melebihi 14 hari dan kerap berlaku seharusnya mereka berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Kedatangan haid boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu primer dan sengugut kedua. Sengugut primer disebabkan oleh penghasilan hormon prostagandin oleh tubuh yang menyebabkan pengecutan rahim yang laur biasa kuat. Ia biasanya berlaku pada wanita yang belum berkahwin dan menyerang pada hari pertama dan kedua kedatangan haid.

Sengugut kedua pula disebabkan oleh wujudnya sel endometrium di luar rahim (endometriosis) dan berlaku perdarahan dalam perut atau jangkitan kronik. Sengugut ini kebiasaanya dialami wanita berusia dan berlanjutan sepanjang tempoh pendarahan haid.

Jika masalah haid berlanjutan dan menyebabkan rasa kejang, pendarahan tidak berhenti, kesakitan melampau, keluar darah beku dan terlalu kerap perlu menukar tuala wanita, berjumpalah doktor. Ini kerana hanya doktor yang boleh mempertimbangkan apa yang berlaku.

Jumpa doktor jika alami tanda-tanda ini :


  • Perubahan haid
  • Terhenti haid selama 12 bulan dan kemudian kembali semula
  • Perlu menukar tuala wanita hanya selepas beberapa jam menukarnya
  • Mengalami pendarahan
  • Kesakitan melampau
Panduan hilangkan kesakitan haid atau sengugut

  • Tenangkan jiwa : Ini adalah ubat yang mujarab. Perlu tenang dan elak tekanan apabila haid datang lewat atau tidak teratur. untuk lebih kepastian, berjumpalah doktor.
  • Rehat secukupnya dan tidur : Walaupun tidur bukan penyelesaian masalah, ia sedikit sebanyak membantu untuk melupakan masalah seketika. Apabila bangun, anda rasa lebih segar dan bertenaga.
  • Bantal pemanas : Bantal panas atau heat pad boleh membantu meredakan ketegangan di bahagian perut. Ia juga melancarkan darah dari rasa kejang otot. Pakar menyarankan apabila aktiviti ini berlaku, baringlah mengikut rasa selesa. Selain bantal pemanas elektrik, boleh guna cara tradisi dengan melekap perut menggunakan tuala panas, botol diisi air panas dan tungku.
  • Berjalan atau berlari : Pakar perubatan menunjukkan mereka yang kurang bersenam mungkin mengalami sakit sengugut yang teruk. Berjalan cepat dapat membantu meringkan ketidakselesaan kerana aktiviti ini mampu melepaskan endorfin yang mampu mengurangkan kesakitan.
  • Mandi air panas : Ini akan membantu anda merehatkan otot perut dan lebih penting, menenangkan fikiran anda. Boleh juga ditambah dengan bau-bauan aromaterapi sebagai terapi ketenangan jiwa.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Artikel ini

No comments

Powered by Blogger.