Laman Utama » » Kenapa lampu enjin menyala?

Kenapa lampu enjin menyala?

كڤد اورڠ اسلام يڠ تله چوكوڤ عمور 21 تاهون، سيلا دفتر سباڬاي ڤميليه اونتوق اندا دبنركن مڠوندي ددالم ڤيليهن راي. اورڠ اسلام يڠ تيدق امبيل ڤدولي ڤوليتيك، اكن دڤيمڤين اوليه اورڠ ڤوليتيك يڠ تيدق اكن ڤدوليكن اسلام.

ماري كيت مڽوكوڠ ڤرودوق دان ڤرنياڬان مسلم كران مسلم يڠ كاي اكن ممبريكن منفعة كڤد سلوروه اومت اسلام ملالوءي زكاة، صدقه دان واقف.


Saya memiliki Hyundai Getz dan setiap kali memecut pada kelajuan sekitar 70 kilometer sejam (km/j), paparan ikon enjin bewarna kuning menyala. Apakah punca berlakunya masalah ini?



Lampu amaran enjin biasanya menyala apabila suis dihidupkan, namun terpadam apabila enjin beroperasi secara normal.

Bagaimanapun, ia akan menyala secara berterusan apabila berlaku masalah dengan sistem pengurusan enjin atau sistem kawalan kuasa.

Jika lampu ini menyala ketika memandu, anda perlu membawa kereta untuk diperiksa secepat mungkin.

Jika anda perlu meneruskan perjalanan, pandu secara perlahan dan tanpa pecutan drastik. Amaran ini kadangkala disebabkan kebocoran hos vakum, kegagalan sensor oksigen atau elektronik selain badan pendikit (Throttle body).

Jika menyala pada kelajuan atau rpm tertentu seperti dalam kes anda, kemungkinan akibat masalah kadar campuran bahan api seperti kebocoran saluran udara atau badan pendikit.

Untuk memeriksa, hentikan kenderaan dan matikan enjin selama kira0kira dua minit sebelum menghidupkan kembali enjin.

Jika masih bernyala walaupun belum bergerak, kenderaan masih selamat dipandu tetapi jika berkelip ketika memandu, kurangkan kelajuan dan segera ke bengkel berhampiran.
Jika anda ada perniagaan dan produk Muslim yang hendak kami viralkan secara PERCUMA sila WhatsApp kami Klik Disini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan di media sosial

No comments

Powered by Blogger.