Jenis kediaman bertanah yang perlu anda tahu

Rumah teres / berangkai



Perumahan seperti ini biasanya  bercantum di kedua-dua bahagian tepi dan meruapakan hartanah paling lazim di kawasan perumahan hartanah. Selain dari bahagian hadapan dan belakang, tidak terdapat kawasan lapang ataupun taman di bahagian tepi rumah.


Rumah berkembar



Rumah seumpama ini berkongsi satu dinding di antara kedua-dua rumah dan mempunyai kawasan hartanah di sekitar kawasan binaan. ia juga dikenali sebagai rumah berkelompok. Dari hadapan, ia kelihatan seperti sebuah banglo, dengan kawasan bertanah di kiri dan kanan, tetapi hakikatnya ia merupakan rumah berkembar dua yang berkongsi dinding yang sama dan terdapat rumah lain di bahagian belakang. Hartanah ini juga dikenali sebagai banglo berangkai.



Rumah bandar / town house



Rumah bandar kelihatan seperti rumah teres biasa, namun ia sebenarnya dibina di atas satu sama lain. Sebagai contoh, unit bawah rumah bandar mungkin terdiri dari tingkat bawah dengan kawasan di bahagian belakang serta sebahagian dari tingkat pertama. Unit di atas pula mengambil sebahagian dari tingkat pertama. Unit di atas pula mengambil sebahagian dari tingkat pertama dan keseluruhan tingkat kedua. Kedua-dua unit mempunyai pintu masuk berasingan dengan ruang yang mencukupi untuk meletak satu kenderaan untuk setiap unit rumah.


Banglo



Rumah banglo mempunyai mempunyai kawasan tanah luas di sekitar rumah. Malah cukup luas untuk menampung dua atau tiga kereta, bergantung kepada keluasan tanah. Anda boleh guna tanah tersebut untuk bina kolam renang, kolam ikan, taman permainan, bangsal (garaj) atau menukarnya menjadi kedai atau pejabat. Namun jika anda ingin tukar hartanah banglo kediaman kepada hartanah komersial, anda perlu buat permohonan terlebih dahulu.


Komuniti Berpagar



Ini tred semasa yang semakin popular disebabkan kebimbangan terhadap jenayah yang smeakin meningkat serta keperluan kawalan keselamatan lebih baik. Komuniti berpagar biasanya terdiri dari banglo kelas tinggi yang direka seumpama kehidupan resort, yang menggambarkan ciri-ciri ekslusif.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Artikel ini

No comments

Powered by Blogger.