Duduk dan hadir di majlis yang menghidangkan arak, apakah dikira berdosa?

Hukum hadir ke majlis yang menghidangkan arak ini sebagaimana tegahan di dalam hadis daripada Jabir RA secara marfuk:
"Barang siapa yang beriman kepada ALLAH dan hari akhirat maka janganlah dia duduk dalam hidangan yang dihidangkan arak." (Riwayat Al-Nasaii, At-Tirmizi, Abu Dawud, Ahmad, Al-Darimi dan selainnya. Disahihkan oleh Al-Albani (Al-Irwaa: 6/7 no 1949)
Hadis ini jelas mengharamkan seseorang mukmin itu duduk semeja dengan adanya hidangan minuman keras atau di restoran yang arak diedarkan.
Larangan ini tidak dibezakan siapa peminumnya, sama ada Muslim atau kafir dan tidak juga dibezakan apakah acara yang berlangsung di majlis tersebut sama ada majlis rasmi kerajaan, syarikat dan selainnya.
Perkara ini dijelaskan: "Maka janganlah dia duduk di dalam hidangan yang ada dihidangkan arak." Ini bermaksud, walaupun dirinya sendiri tidak meminumnya bersama mereka yang hadir di situ, hal ini disebabkan dia seolah-olah bersetuju dengan tindakan mungkar yang dilakukan itu. (Tuhfat Al-Ahwazi Syarah Jami' Al-Tirmizi: 8/69)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Artikel ini

No comments

Powered by Blogger.