Bayaran yang perlu anda tahu untuk memiliki hartanah





Rumah subsale


  • Deposit 10 peratus daripada harga rumah
  • Kos dokumentasi guaman 3 hingga 8 peratus daripada harga rumah
  • Mungkin memerlukan ubah suai rumah. Bergantung kepada kemampuan anda
  • Tempoh serah kunci biasanya 3 hingga 6 bulan


Rumah lelong

  • Deposit 5 atau 10 peratus daripada harga rizab rumah.
  • Jika menggunakan khidmat ejen, bayaran yang dikenakan ialah 1.5 hingga 3.0 peratus daripada harga menang bidaan. Bagaimanapun ada sesetengah ejen tetap mengenakan bayaran walaupun kalah bidaan.
  • Jika menang, anda perlu tahu berapa kos yang perlu anda keluarkan untuk tunggakan, kos guaman (3 hingga 8 peratus), kos pembaik pulih dan lain-lain.

Rumah dalam pembinaan

  • Jumlah bayaran tempahan bergantung kepada pemaju
  • Bayar baki 10 peratus (jika perlu)
  • Bayaran kemajuan (progresive payment) mengikut syarat antara bank dan pemaju
  • Pastikan tiada kelewatan pembayaran yang boleh menyebabkan anda membayar penalti kelewatan sewaktu proses serah kunci kelak.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Artikel ini

No comments

Powered by Blogger.