Barangan yang tidak boleh dibawa masuk ke dalam pesawat


Kepada yang tiada pengalaman naiki pesawat, ini info penting yang patut  tahu



Barangan Tajam

Jangan menganggap gunting kecil, mata pisau pencukur, pembuka botol,  pemotong kuku dan apa saja barangan tajam boleh dibawa dengan alasan untuk kemudahan anda.

Walaupun saiznya kecil, ia tetap tajam dan pasti boleh mendatangkan bahaya kepada penumpang di dalam pesawat.

Namun, anda dibenarkan membawa barangan tajam ini jika melalui bagasi besar, bukannya beg tangan yang anda bimbit kerana dikhuatiri boleh dijadikan senjata.

Barangan Cecair

Cecair yang dilarang dibawa naik pesawat ialah jenis minyak dan cecair pemetik api. Bagaimanapun, cecair yang tidak mendatangkan bahaya mestilah dimasukkan ke dalam satu bekas yang tidak melebihi 100ml dan perlu dibungkus di dalam plastik yang diikat ketat.

Cecair yang dikecualikan lebih daripada had yang dibenarkan seperti ubat, makanan dan susu bayi boleh dibawa naik pesawat.

Alat Penyembur

Jawapan ini mungkin membantu wanita mengapa anda tidak dibenarkan membawa penyembur rambut, minyak wangi, racun serangga, penyembur lada, tin isian pemetik api dan semua jenis alat penyembur kerana ia mengandungi kandungan gas yang boleh menyebabkan kebakaran.

Bahan ini boleh meletup dengan mudah akibat suhu panas. Tetapi anda boleh membawanya melalui bagasi besar.

Peralatan Sukan

Tidak kira anda seorang atlet atau sebaliknya, apa sahaja barang peralatan sukan yang boleh dijadikan senjata dilarang dibawa ke dalam pesawat.

Walaupun peralatan sukan itu tumpul seperti kayu hoki atau raket tenis, anda tetap tidak dibenarkan untuk membawanya ke dalam pesawat kerana ia boleh mendatangkan kecederaan kepada penumpang kerana saiznya besar.

Ia juga boleh mengganggu orang ramai ketika menyimpan barang di atas ruang penyimpanan.

Buah-buahan

Terdapat buah-buahan yang tidak dibenarkan dibawa masuk disebabkan baunya yang dikhuatiri akan mengganggu ketenteraman penumpang seperti buah durian dan kuini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Artikel ini

No comments

Powered by Blogger.