Atasi masalah rabun jauh (Miopia)

توليسله اڤ يڠ كاو ليهت، چاتتله اڤ يڠ كاو فيكيركن، بيار مريك ايت تاهو بهاوا ملايو ايت بوكن سمواڽ بوليه دڤربودوهكن. كيت اومت ملايو بڠسا يڠ بردولت، اڬام اسلام منجاديكن كيت هيدوڤ برمرواه، برجواڠله ممباڠونكن بڠسا، منڬقكن اڬام دان ممڤرتاهنكن نڬارا. ايڠتله ڤسانكو اين، بيار ڤوتيه تولڠ، جاڠن ڤوتيه مات


Dalam kajian yang dijalankan, hampir 75 peratus penduduk Asia termasuk Singapura, Hong Kong dan Taiwan mengalami miopia atau rabun jauh. Situasi ini menyebabkan seseorang mengalami kesukaran melihat objek jauh dan gangguan penglihatan ini dikenal pasti antara masalah paling biasa ditemui di seluruh dunia.

Miopia ini dapat dikurangkan dengan memastikan cahaya yang cukup terang manakala sumber cahaya yang baik mampu meningkatkan penglihatan, kecerdasan, ketenangan dan mencegah masalah seperti silau serta mata letih yang dikenal pasti punca utama miopia.



Simptom masalah mata


  • Pening kepala
  • Pedih mata
  • Cepat mengantuk
  • Hilang penumpuan
  • Kabur penglihatan
  • Mata berair
Sumber makanan bantu elak rabun

Avokado

Mengandungi banyak nutrisi terutama lutein iaitu aktiosidan karetonoid yang mencegah degenerasi macular dan katarak. Buah ini juga mengandungi banyak vitamin yang penting untuk mata iaitu vitamin A, C, B6 dan E.

Lobak merah

Kaya dengan beta karotein yang berfungsi dalam proses bioelektrik mata dan membantu badan melepaskan radikal bebas.

Bayam

Sumber yang kaya dengan vitamin A iaitu nutrisi yang baik untuk mata seperti lutein dan zeaxanthin.

Biji bunga matahari

Mengandungi selenium yang mencegah katarak dan nutrisi untuk mata.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Cerita ini klik button di bawah
Powered by Blogger.