Atasi masalah gout dan asid urik dalam badan

Jika ada cerita yang menarik atau produk perniagaan yang mahu kami viralkan, sila Whatsapp kami di 014-9678920



Asid urik punca serangan

Asid urik merupakan hasil pencernaan protin yang selalunya datang dari pemakanan terutamanya makanan berprotin tinggi seperti daging, telur, kekacang dan makanan laut.
Secara amnya, badan masih memerlukan asid urik tetapi dalam kuantiti yang sedikit sahaja. Yang menjadikannya bahaya ialah ialah apabila paras asid urik yang tinggi boleh menyebabkan seseorang itu menhadapi gout. Gout ialah penyakit yang melibatkan sendi-sendi terutamanya jari kaki dan tangan, tetapi boleh juga menyerang sendi di bahagian lain. Serangan gout adalah perkara yang sangat digeruni oleh pesakit gout kerana sakitnya bukan kepalang.

Peningkatan Paras Asid Urik

Kebiasaannya, asid urik akan masuk ke dalam darah dan dibawa ke buah pinggang untuk ditapis dan dan disingkirkan melalui air kecing. Namun, jika terlalu banyak asid urik tetapi tidak dikeluarkan, kandungan asid urik ini akan tinggi di dalam darah dan membentuk kristal tajam. Kristal ini berkumpul dan menusuk ke bahagian sendi mengakibatkan sendi membengkak, kemerahan dan berdenyut. Ia mungkin disebabkan sistem penapisan buang pinggang gagal untuk menapis dan mengeluarkan asid urik dari badan ataupun terdapat terlalu banyak asid urik dalam badan menyebabkan buah pinggang tidak sempat menampung jumlah asid urik yang perlu ditapis dan dikumuhkan.

Kawal Sebelum Terlambat

Bagi mereka yang menderita tahap asid urik yang tinggi, pengawalan paras asid urik adalah sangat penting. Pemakanan juga harus dikawal terutamanya makanan yang tinggi protin. Lebih bagus jika dapat mengesan jenis makanan yang boleh mencetuskan sakit sendi gout. Makanan yang berlemak juga harus dikurangkan kerana lemak yang tinggi dalam badan akan menghalang penyingkiran asid urik yang belebihan melalui air kencing. Selain itu, ramai tidak sedari bahawa herba-herba juga mampu membantu menangani masalah ini secara semula jadi.

Khasiat herba terbongkar

Saderi dan Beri Juniper telah didapati mampu membantu pesakit gout. Kombinasi dua herba ini mempunyai fungsi yang tersendiri dan menghasilkan kesan sinergik yang amat diperlukan dalam menangani masalah gout. Saderi mampu menghalang enzim yang bertanggungjawab untuk menghasilkan asid urik. Dengan ini, ia mampu mengurangkan paras asid urik dalam darah. Selain itu, saderi juga mengandungi minyak meruap dan flavonoid yang bertanggungjawab untuk tindakan terapeutik. Ia bertindak dengan mencairkan kristal asid urik yang terkumpul di sekitar sendi supaya ia mudah disingkirkan. Ramai yang menderita serangan gout akan berasa lega selepas serangan hilang tetapi ia mungkin berulang kembali kerana asid urik masih termendap di sendi dan tidak dikeluarkan. Oleh itu, beri juniper dapat membantu kerana sifat diuretiknya. Tindakan diuretik semulajadi akan menyingkirkan cairan asid urik dari badan melalui air kecing, sekali gus memberikan kelegaan sementara simptom gout.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Artikel ini

No comments

Powered by Blogger.