3 jenis kopi paling popular dan mahal di dunia

Sila masukkan carian anda dibawah ini untuk mencari produk atau perniagaan Muslim



1. Kopi Gajah

Sebuah resort di Chaing Rai, Thailand, memperkenalkan kopi baru, hasil daripada najis gajah dan mendakwa kopi berkenaan paling mahal di dunia mengalahkan kopi luwak. Ini kerana buah kopi akan diberikan kepada gajah peliharaan di kawasan belakang resort berkenaan. Mereka mendakwa, selama proses pencernaan, enzim gajah memecah protein kopi.

Protein adalah salah satu faktor uama dari cita rasa pahit, justeru, pemecahan protein menguarngi rasa pahit kopi. Ia dijual pada RM1650 untuk 500 gm menjadikan ia dua kali ganda lebih mahal daripada kopi luwak.



2. Kopi Luwak dari Indonesia

Kopi luwak, mungkin menduduki posisi teratas kopi termahal di dunia kerana penghasilannya rumit. Sejenis musang digelar luwak akan diberi makan buah kopi. Selepas melalui proses pencernaan, biji kopi yang keluar menerusi najis haiwan ini, barulah diproses dan ia dikatakan mempunyai rasanya yang sangat sedap. Ia dijual antara RM300 hingga RM1800 untuk 500 gram.



3. Kopi Hacienda La Esmeralda dari Boquete, Panama

Hacienda La Esmeralda adalah kopi ditanam khusus di Boquete, Panama. Peminat kopi di dunia menyukai kopi jenis ini kerana rasanya unik. Ia dijual pada harga RM300 untuk 500gram.




Jika anda ada perniagaan dan produk Muslim yang hendak admin viralkan secara PERCUMA sila WhatsApp kami >Klik Disini<
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sila viralkan artikel di atas dengan klik button share WhatsApp, Facebook, Twitter dan lain-lainnya dibawah ini

No comments

Powered by Blogger.