10 Tips macam mana nak MULA turunkan Berat Badan .



10 Tips macam mana nak MULA turunkan Berat Badan
.
.
Berapa ramai yang "teringin" nak kurus tapi tak start-start?
.
Tau tak sebenarnya korang tak perlu pilih 1 tarikh yang cantik untuk bermula? Tak perlu tetapkan 1 Januari 2018 untuk start "diet" sebab korang sebenarnya dah boleh start harini!
.
Macam mana?? Ok jom saya share 10 Tips Mudah macam mana nak mula turunkan berat badan.
.
.
1. Mula tinggalkan minuman manis
Tak perlu terlalu drastik. Cukup sekadar kurangkan dari 5 gelas sehari kepada 2 gelas sehari je. Dah boleh handle, kurangkan pada 1 gelas. Rasa dah ok. Tinggalkan terus. Mesti boleh.
Elakkan gula dalam minuman, Lebihkan manis dalam senyuman.
.
.
2. Mula naik turun tangga.
Takde masa bersenam so ni la caranya utk bakar kalori.
Banyakkan berjalan jangan duk simpan lebihan kalori dalam badan tu sampai dia seronok bertukar jadi lelemaks.
.
.
3. Mula rajin mengemas rumah.
Puas hati, kepala tak serabut. Buat jadual mingguan. Harini vacum n mop lantai. Esok cuci toilet. Lusa kemas dapur. Biar aktif supaya banyak berpeluh. Badan akan lebih sihat. Takdela stress rumah bersepah, dahla badan tu susah nak bergerak.
.
.
4. Mula kurangkan portion nasi.
Tak perlu tinggalkan terus. Nasi tak bersalah. Yang bersalah diri sendiri sombong taknak usaha cari ilmu jaga kesihatan badan tu.
.
.
5. Mula elakkan makanan bergoreng.
Fast food terutamanya. Penyumbang utama obesiti. Rasa kenyang pun sekejap je lepas tu lapar balik.
.
.
6. Mula tidur malam lebih awal
Supaya dapat bangun tidur lebih awal. Cukup tidur, badan lebih segar. Masa tidur pun boleh bakar kalori. Cuba tidur lebih awal. Jauhkan segala gadget dari tempat tidur.
.
.
7. Mula bersenam 10 minit sehari.
Stretching masa bangun tidur pun dah ok. Cari video 10minit workout berlambak kat youtube tu. Dari layan gossip artis baik bersenam.
.
.
8. Mula minum air kosong 2 liter sehari.
Penting ni! Sistem badan perlukan air untuk buat kerja dia. Buat kita lebih sihat. Minum segelas air kosong setiap 1 jam. Set reminder untuk jenis yang pelupa.
.
.
9. Mula rajin makan buah.
Fiber bantu turunkan berat badan. Penghadaman akan lebih lancar. Khasiat vitamin dari buah2 ni pun dapat sekali.
.
.
10. Mula tinggalkan kek dan coklat.
Saya percaya ramai yang rasa susah nak Mula buat ni kan.
Cuba hadkan seminggu sekali je makan and treat it as your cheat meal. Makan sepotong je kek atau coklat. Tak perlu makan hari2.
.
.
Senang kan tips ni? Tak payah tunggu tahun baru nak start kan? Harini pun boleh.

Percayalah..
"Small changes can make huge differences"
"Lets do tiny habits towards your goal"

Selamat mencuba 😉
Silakan LIKE dan SHARE dengan kawan2 yg nak Kurus tu.

Atun Aziz
Weight Loss Online Coaching


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Cerita ini

No comments

Powered by Blogger.