Sejarah Bendera Rakyat

توليسله اڤ يڠ كاو ليهت، چاتتله اڤ يڠ كاو فيكيركن، بيار مريك ايت تاهو بهاوا ملايو ايت بوكن سمواڽ بوليه دڤربودوهكن. كيت اومت ملايو بڠسا يڠ بردولت، اڬام اسلام منجاديكن كيت هيدوڤ برمرواه، برجواڠله ممباڠونكن بڠسا، منڬقكن اڬام دان ممڤرتاهنكن نڬارا. ايڠتله ڤسانكو اين، بيار ڤوتيه تولڠ، جاڠن ڤوتيه مات


"Bendera Rakyat", bendera kebangsaan yang pertama dalam sejarah telah dikibarkan secara rasmi di seluruh Malaya genap 68 tahun lalu pada 10 Disember 1947.

Rekabentuk Bendera Rakyat jelas dilihat menghiasi kulit buku karya Ibrahim Yaacob bertajuk "Nusa dan Bangsa Melayu" yang diterbitkan pada tahun 1951.

Ibrahim Yaacob merupakan salah seorang pengasas Kesatuan Melayu Muda (KMM), antara pertubuhan politik terawal yang memperjuangkan kemerdekaan di Malaya.

Buku yang dicetak di Jakarta ini memberi penjelasan mengenai pergerakan nasionalisme Melayu yang sedang bergerak di Malaya dan juga cita-cita pergerakan ini untuk memperjuangkan kemerdekaan ke arah mencipta gagasan Melayu Raya, sebuah ikatan besar negara-negara di Asia Tenggara.

Bendera Rakyat merupakan bendera kebangsaan yang diusulkan oleh gabungan PUTERA-AMCJA pada tahun 1947 sebagai lambang perpaduan rakyat berbilang kaum di Malaya dan juga bendera sebuah negara Malaya yang merdeka.

Corak Bendera Rakyat ini telah dipersetujui oleh semua parti, badan dan persatuan-persatuan berbilang kaum yang bergabung di bawah PUTERA-AMCJA ketika itu, termasuk Tan Cheng Lock (pengasas MCA) dan juga pemimpin-pemimpin MIC (Malayan Indian Congress).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Cerita ini klik button di bawah
Powered by Blogger.