Pelakon Latif Borgiba meninggal dunia


Sering membawa watak pendekar didalam filem hitam putih, kini sudah pergi buat selamanya

KUALA LUMPUR 14 Dis. - Pelakon veteran, Latiff Borgiba atau nama sebenarnya Abdul Latiff T.K Gomu Kakah meninggal dunia di kediamannya di sini hari ini.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir ketika usianya genap 80 tahun hari ini.

Dilahirkan di Bangkok, Thailand, Allahyarham berhijrah ke Kuala Lumpur pada tahun 1946 meninggalkan seorang balu dan 16 orang anak.

Menerusi kerjaya seninya yang bermula sekitar 1960-an, Allahyarham cukup dikenali dengan watak-watak antagonis baik dalam drama mahupun filem. - UTUSAN ONLINE



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Artikel ini

No comments

Powered by Blogger.