makmum tak sempat baca al-Fatihah



Ketika bersolat jemaah, sahkah solat seorang makmum jika dia tidak sempat baca surah al Fatihah setiap rakaat kerana imam sudah pun rukuk? Ada juga situasi makmum tidak sempat menghabiskan bacaan al Fatihah kerana imam terlalu cepat. Boleh ustaz terangkan?

Jawapan :

Membaca al-Fatihah adalah rukun solat, tidak sah jika tidak membaca al Fatihah pada setiap rakaat kecuali rakaat pertama bagi makmum masbuk atau terlambat, maka imamlah yang menampung al-Fatihahnya.



Sekiranya makmum tertinggal dua rukun yang panjang umpamanya makmum sibuk membaca al-Fatihah sedangkan imam sudah bangun daripada sujud pertama maka ada tiga keadaan iaitu makmum terbatal solatnya, atau makmum berniat berpisah dengan imam dan meneruskan solatnya tanpa imam, atau makmum terus sujud dengan meninggalkan rukun untuk mengikut imam maka kemudian menggantikannya dengan rakaat yang lain.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Cerita ini

No comments

Powered by Blogger.