Kisah disebalik Filem Antara Dua Darjat

CERITA DI BALIK TABIR ANTARA DUA DARJAT.

1. Ini merupakan filem terakhir pasangan ideal P.Ramlee dan Saadiah. Mereka adalah bintang filem nombor 1 pada ketika filem ini diterbitkan.

2. Selepas sahaja selesai penggambaran filem ini, pihak Shaw Brothers telah memisahkan mereka dari berlakon bersama. 

3. Cerita Antara Dua Darjat adalah hasil lakon layar dari Omar Rojik. Tetapi P.Ramlee telah merombak semua lakon layar itu menjadikan sentuhannya sendiri.

4. Filem ini merupakan sebuah filem arahan P.Ramlee yang tidak mempunyai lagu nyanyian dari penyanyi wanita. Tiga buah lagunya dinyanyikan oleh P.Ramlee.

5. Lagu Getaran Jiwa Intro piano bukan dimainkan oleh P.Ramlee tetapi ia mendapat sentuhan daripada pemain piano Ahmad Kassim (anak Mak Enon).

6. Di dalam filem ini, terdapat dua orang adik beradik berlakon iaitu Saadiah dan kakaknya Mariam.

7. Ini merupakan filem pertama Mariam berlakon di bawah arahan P.Ramlee. Sebelum ini pada tahun 1954, mereka bergandingan sebagai hero dan heroin dalam filem Abu Hassan Penchuri.

8. Terdapat pasangan suami isteri Ali Fiji dan Zainon Fiji berlakon dalam filem ini.

9. Semasa babak bermain muzik di beranda dengan lagu Alunan Biola, sebanyak 20,000 gelen air telah dicurahkan oleh pihak Bomba untuk menghidupkan babak hujan.

10. Pada awal penggambaran filem ini, seniwati Saadiah sedang hamil tetapi telah mengalami keguguran. Penggambaran terpaksa dihentikan selama dua minggu.

11. Seniman Yusoff Latiff yang mengikat kontrak dengan  Cathay-Keris telah dijemput oleh P.Ramlee untuk berlakon dalam filem ini.

12. Ini adalah filem pertama lakonan S.Kadarisman di bawah arahan P.Ramlee. Sebelum ini, perhubungan mereka berdua tidak rapat dan dingin tetapi sebagai seorang yang professional, P.Ramlee menganggap hanya S.Kadarisman sahaja yang boleh membawa watak sebagai Engku Mukri.

#Trivia
#AntaraDuaDarjat
#PRamlee

Sumber dipetik : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1015593214507579&substory_index=0&id=564297578




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Artikel ini

No comments

Powered by Blogger.