Kepahlawanan Suhail membara hingga akhir usia


Suhail bin Amr masuk Islam pada hari Rasulullah dan sahabat membebaskan kota Makkah. Orang yang memeluk Islam pada hari pembebasan kota Makkah disebut "thulaqa", ertinya orang yang dibebaskan daripada segala hukum berlaku bagi orang yang kalah perang.

Maknanya, mereka bebas daripada tawanan kerana mendapat pengampunan Rasulullah SAW disebabkan dengan kesedaran sendiri mereka berubah ke agama tauhid serta meninggalkan kemusyirikan

Setelah merasa manisnya iman, Suhail berjanji pada dirinya untuk melakukan apa yang pernah dibuat untuk orang musyrik kepada orang Islam. Agama Islam telah menempa Suhail dengan ideologi baru.,

Semua kelebihan dan kemahirannya menambah kukuh imannya hingga dia digambarkan sebagai seorang pemaaf, pemurah, banyak solat, puasa, bersedekah, membaca al-Quran dan menangis disebabkan takutkan Allah SWT.

Jika dia pernah membelanjakan nafkah bersama orang musyrik satu ketika dulu maka akan dibelanjakan seperti itu bersama kaum muslimin. Suhail berharap semoga perbuatannya dulu.

Dulu dengan tekun dia berdiri di depan berhala, maka sekarang dia akan berbuat lebih daripada itu berdiri di depan Allah yang Maha Esa bersama orang mukmin. Itulah sebabnya dia terus solat dan solat, tekun berpuasa serta melakukan amal ibadat yang dapat menyucikan jiwa.

Demikian juga pada arena silam dia berdiri di arena peperangan bersama Islam, maka dia juga harus tampil di barisan depan tentera Islam sebagai perajurit yang kebenaran memadamkan api Nubhar yang disembah oleh orang Parsi.

Begitu juga bersama pendekar kebenaran melenyapkan kegelapan bangsa Rom dan kezaliman mereka serta menyebarkan kalimah tauhid dan takwa ke seluruh pelosok dunia.

Maka pergilah dia ke Syria bersama tentera Islam untuk turut serta mengambil bahagian dalam peperangan di sana. Tidak ketinggalan pada peperangan Yarmuk ketika kaum Muslimin terbabit dalam pertarungan paling dahsyat dan sengit yang pernah mereka alami.

Hati Suhail bagaikan terbang kegirangan kerana mendapat kesempatan yang amat baik ini menebus kemusyrikan dan kesalahannya pada masa jahiliah dengan jiwa raganya.

Semasa Rasulullah SAW dijemput Allah SWT dan sebaik berita itu sampai ke Makkah, waktu itu Suhail bermukim di sana. Kaum muslimin yang berada di sana menjadi resah, gelisah dan ditimpa kebingungan.

Jika di Madinah mereka ditenangkan oleh Abu Bakar as-Siddiq, muslimin di Makkah ditenagkan oleh Suhail dengan ucapannya yang tepat serta keimanan kuat untuk menghindarkan fitnah yang hampir menumbangkan keimanan sebahagian umat Islam di Makkah.

Suhail sangat mencintai kampung halamannya Makkah tetapi dia tidak mahu kembali ke sana setelah kemenangan muslimin diSyria. Katanya :"Saya pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda : Ketekunan seseorang pada suatu masa dalam perjuangan di jalan Allah, lebih baik baginya daripada amal sepanjang hidupnya. Maka sungguh saya akan berjuang di jalan Allah sampai mati dan tidak akan kembali semula ke Makkah.

Suhail memenuhi janjinya itu. Dia tetap berjuang di medan perang sepanjang hayatnya sehingga tiba masa pemergiannya. Maka ketika dia pergi, segeralah rohnya terbang mendapatkan rahmat dan kesedaan Allah SWT.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Artikel ini

No comments

Powered by Blogger.