Jika kau inginkannya...

توليسله اڤ يڠ كاو ليهت، چاتتله اڤ يڠ كاو فيكيركن، بيار مريك ايت تاهو بهاوا ملايو ايت بوكن سمواڽ بوليه دڤربودوهكن. كيت اومت ملايو بڠسا يڠ بردولت، اڬام اسلام منجاديكن كيت هيدوڤ برمرواه، برجواڠله ممباڠونكن بڠسا، منڬقكن اڬام دان ممڤرتاهنكن نڬارا. ايڠتله ڤسانكو اين، بيار ڤوتيه تولڠ، جاڠن ڤوتيه مات


Berkata al-Qutub al-Ghaus Asy-Sheikh Abu Hasan Asy-Syadzili رضى الله عنه :

" Sekiranya engkau inginkan wajahmu bercahaya, maka hendaklah engkau sentiasa melakukan qiamullail.

Sekiranya engkau inginkan keselamatan dari dahaga pada hari qiamat, maka hendaklah engkau sentiasa berpuasa.

Sekiranya engkau ingin menjadi orang yang paling kaya, maka hendaklah engkau memiliki sifat qanaah (merasa cukup).

Sekiranya engkau ingin menjadi sebaik-baik manusia, maka hendaklah engkau memberikan manfaat kepada manusia yang lain. "

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Cerita ini klik button di bawah
Powered by Blogger.