Laman Utama » » Hukum tabur bunga atas pusara

Hukum tabur bunga atas pusara

كڤد اورڠ اسلام يڠ تله چوكوڤ عمور 21 تاهون، سيلا دفتر سباڬاي ڤميليه اونتوق اندا دبنركن مڠوندي ددالم ڤيليهن راي. اورڠ اسلام يڠ تيدق امبيل ڤدولي ڤوليتيك، اكن دڤيمڤين اوليه اورڠ ڤوليتيك يڠ تيدق اكن ڤدوليكن اسلام.

ماري كيت مڽوكوڠ ڤرودوق دان ڤرنياڬان مسلم كران مسلم يڠ كاي اكن ممبريكن منفعة كڤد سلوروه اومت اسلام ملالوءي زكاة، صدقه دان واقف.


Soalan : Apakah hukum menabur bunga ke atas pusara yang menjadi amalan umat Islam ketika menziarahi tanah perkuburan.

Jawapan: Perbuatan menziarahi kubur sangat dianjurkan bagi melembutkan hati yang keras tetapi perlu dijaga adabnya. Kemungkinan asal menabur bunga adalah berdasarkan tindakan Rasulullah SAW dan tujuannya membantu orang yang berada di dalam kubur.

" Daripada Ibn Abbas katanya, Rasulullah SAW melalui sebuah kebuh di Madinah atau di Makkah, lalu baginda terdengar suara dua orang yang diseksa di dalam kubur mereka. Rasulullah SAW bersabda : " mereka berdua itu diseksa tidaklah kerana perkara yang besar."

Kemudian baginda bersabda : "Benar sekali, seorang daripada mereka tidak menjaga kebersihan daripada air kencingnya dan seorang lagi sering mengadu-domba."

Kemudian Rasulullah SAW meminta supaya dibawakan pelepah tamar, kemudian baginda membelahnya kepada dua lalu meletakkannya pada setiap kubur itu.

Baginda ditanya : "Wahai Rasulullah! Mengapa tuan berbuat demikian? Baginda menjawab : "Semoga ini akan meringankan daripada mereka berdua selagi ia tidak kering atau hinggalah ia kering." (HR AL-Bukhari, Muslim & Abu Daud)

Namun, andai perbuatan menabur bunga itu berniat menyerupai orang bukan Islam dan berlaku pembaziran, ia adalah bidaah, berdosa dan perlu dijauhkan. Jika mewangikan kawasan itu seperti menghilangkan bau mayat, maka diharuskan sahaja.

Oleh itu, yang terbaik ialah mengikut sunah Rasulullah SAW yang meletakkan pelepah tamar atau sejenisnya di atas kuburan tanpa berlebihan atau melarang langsung perbuatan itu. Wallahuaklam.

Rujukan : Ustaz Haslin (Harian Metro)
Jika anda ada perniagaan dan produk Muslim yang hendak kami viralkan secara PERCUMA sila WhatsApp kami Klik Disini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan di media sosial

No comments

Powered by Blogger.