Era mahasiswa mengugat, kisah pensyarah Universiti Malaya ditangkap

Selepas demonstrasi raksasa mahasiswa di Kuala Lumpur pada 3 Disember 1974, bukan aktivis-aktivis mahasiswa sahaja yang ditangkap. Pensyarah universiti yang menyokong perjuangan mahasiswa juga telah ditangkap.

Dr. Syed Husin Ali, pensyarah dari Universiti Malaya antara yang ditangkap oleh 'Special Branch', 5 hari selepas demonstrasi tersebut. Dalam buku memoirnya, Dr. Syed Husin menulis:

"Aku juga merasa kurang sedap. Pada pagi 8hb Disember, kira-kira jam 3 pagi, sekumpulan polis beruniform dan tidak beruniform menggoncang pagar dan kemudian mengetuk pintu rumahku. Bila pintu kubuka mereka memberitahu bahawa aku ditahan di bawah ISA. Masa itu anakku dua orang, Muhammad Ali berumur 2 tahun setengah manakala adiknya Nur Alia baru mencapai 11 bulan. Segala pengalamanku berkaitan tahanan ini telah kuceritakan dalam buku 'Dua Wajah'."

Dr. Syed Husin Ali telah ditahan tanpa bicara di bawah ISA (Akta (Keselamatan Dalam Negeri) selama 6 tahun dari Disember 1974 hingga September 1980.

Sumber: Akhbar Berita Harian, 8 Disember 1974 dan buku "Memoir Perjuangan Politik Syed Husin Ali" (SIRD, 2012)



Kongsikan Artikel ini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.