Bekas Mujahideen Melayu bersemangat bela Palestin


"INI SAHAJA YANG MAMPU PAKCIK LAKUKAN...."

📝Ahad, 17 Disember 2017📝

Sewaktu saya memandu pulang, saya terlihat dia. Dari jauh dia mengerahkan kudrat tua nya mengayuh basikal nya dengan membawa beberapa banner yang tertulis "I Stand Up With Palestine". Sungguh dia menarik perhatian saya. Saya memberhentikan kereta dan melambai nya. Dia menghentikan kayuhan nya dan menjawab salam. Saya meminta izin mengambil gambar nya dan bertanya sedikit sebanyak tentang diri nya.

Dengan menggunakan kain serban yang terlilit di leher nya, dia menyeka peluh nya. Wajah nya yang tenang dengan  semangat membara tampak terpancar dari mata nya. Dia memperkenal kan diri nya sebagai Pakcik Zainon. Kata nya dia sudah berkayuh basikal dengan membawa banner " Solidariti untuk Palestine" itu sudah jauh. Dari Shah Alam hingga lah tempat saya menemui nya iaitu Ijok.

Saya bertanya tentang kayuhan nya, kata nya dia sedang berkempen untuk Palestine. Kata nya dia sedang menuju ke Pulau Pinang akan melalui Perak dan akan melalui Sabak Bernam dan Teluk Intan.

"Ini saja yang mampu pakcik lakukan, nak tolong dengan wang ringgit, pakcik tak mampu" kata nya perlahan namun getar dari semangat nya dapat saya rasakan.

Sungguh semangat yang ada pada tubuh tua itu membuat saya kagum. Sungguh dia mengerahkan seluruh kudrat tua nya demi cinta nya kepada bumi para Anbiya', Palestine dan saudara-saudara di sana. Terdetik sejenak rasa malu di hati saya betapa pakcik Zainon yang jauh lebih tua dari saya, semangat nya lebih membara dan usaha beliau itu mencelik kan mata saya. Beberapa untaian nasihat dari nya beliau berikan kepada saya, agar tidak melupakan saudara-saudara di Palestine.

Pakcik, semoga Allah menjaga pakcik, merahmati pakcik, memudahkan urusan pakcik, dan memurahkan rezeki pakcik.

Tanpa sedar, airmata saya menitis sepanjang perjalanan pulang...
#istiqamah
#PakcikZainon
#SolidaritiUntukPalestin

....

Pak Cik Zainon atau dikenali sebagai CN Afghani merupakan penyokong PAS dan pernah turut serta berjihad menentang Soviet di Afghanistan era 80an.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Artikel ini

No comments

Powered by Blogger.