1 Dis 1974 : Perarakan kelaparan di Baling, Kedah

Jika anda ada perniagaan dan produk Muslim yang hendak viralkan sila WhatsApp >Klik Disini<

Untuk carian produk Muslim
sila masukkan carian anda di bawah


HARI INI DALAM SEJARAH RAKYAT: 1 Disember 1974

Pada hari ini dalam tahun 1974, seramai 30,000 rakyat petani di Kedah telah mengadakan demonstrasi besar-besaran di Pekan Baling, Kedah yang berpunca daripada masalah kemiskinan luar bandar, kemerosotan harga getah dan kenaikan harga barangan.

Demonstrasi yang mengambil bentuk "Perarakan Kelaparan" ini bermula dengan perarakan kaum-kaum petani dari kampung-kampung mereka menuju ke Pejabat Daerah Baling untuk menuntut agar kerajaan memberi bantuan kepada mereka.

Gambar di bawah menunjukkan salah sebuah sepanduk yang dibawa semasa demonstrasi raksasa tersebut, yang berbunyi, "Pinta Kerajaan Peturun Harga Barang Dengan Segera."

Sumber gambar: Majalah Risalah, Disember 1974



Jika anda ada perniagaan dan produk Muslim yang hendak viralkan sila WhatsApp >Klik Disini<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.