Siapakah lelaki di dalam Surah Yasin yang dikatakan "masih hidup"

توليسله اڤ يڠ كاو ليهت، چاتتله اڤ يڠ كاو فيكيركن، بيار مريك ايت تاهو بهاوا ملايو ايت بوكن سمواڽ بوليه دڤربودوهكن. كيت اومت ملايو بڠسا يڠ بردولت، اڬام اسلام منجاديكن كيت هيدوڤ برمرواه، برجواڠله ممباڠونكن بڠسا، منڬقكن اڬام دان ممڤرتاهنكن نڬارا. ايڠتله ڤسانكو اين، بيار ڤوتيه تولڠ، جاڠن ڤوتيه مات


Kisah lelaki dalam surah Yasin yang tetap "hidup" menasihati kaumnya walaupun selepas meninggal dunia. Allah berfirman:

"(Setelah dia mati) lalu dikatakan kepadanya: " Masuklah ke dalam syurga." Dia berkata: Alangkah baiknya seandainya kaumku mengetahui tentang perkara yang menyebabkan aku diampunkan oleh tuhanku, serta dijadikannya aku dalam kalangan orang yang dimuliakan." Surah Yasin 36:26-27.

Menurut para ulama tafsir, pemuda tersebut ialah Habib al-Najjar. Semasa hidup, beliau membantu para utusan Allah untuk berdakwah, namun beliau mati dibunuh kaumnya setelah mengisytiharkan keimanannya. Selepas masuk ke alam Barzakh, beliau masih berharap dapat menasihati kaumnya.

Ketika ayat ini diulas dalam Tafsir Ibn Kathir, dinyatakan bahawa Abdullah Ibn ' Abbas berkata: "Beliau tetap menasihati kaumnya ketika masih hidup dan selepas mati."

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Cerita ini klik button di bawah
Powered by Blogger.