Saya sangat kagum dengan Tuan Guru - Tan Hock

MARANG – Kali terakhir beliau bertemu dangan ‘Tok Guru’ ialah di Vietnam kira-kira lima tahun yang lalu, ketika beliau belum memeluk Islam.

Setelah menjadi seorang Islam, beliau yang mengkagumi ketokohan Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sanggup datang sendiri ke Rusila, Marang kerana mahu bersua muka dengan Timbalan Ketua Kesatuan Ulamak Sedunia itu.

“Saya datang jauh dari Langkawi………..naik bas hanya semata-mata datang ke Masjid Rusila (Marang) untuk jumpa dengan tok guru.

“Lama sudah jumpa dengan tok guru semasa kami bertemu di Vietnam lebih lima tahun lalu,” ujar Encik Tan Hock Thiam. atau nama Islamnya, Thiam Abdullah, 66 tahun.

Menurut beliau ketokohan Dato’ Seri Tuan Guru sebagai ulama’ dan pemimpin Islam amat dikagumi sejak mengenalinya.

Beliau seorang warga emas yang mahir dalam kerja-kerja pertukangan dan belum berkahwin cukup gembira setelah memeluk Islam tiga tahun lalu.

“Saya mahir dalam kerja-kerja pertukangan, buat rumah dan belum berkahwin. Tapi, saya cukup senang dan gembira setelah jadi (masuk) Islam. Habis kerja, balik rumah pergi masjid sahaja setiap hari,” ujarnya ketika ditemui di rumah ‘Tok Guru’ pagi tadi, Jumaat 28 Oktober.

Beliau datang bertemu dengan Ustaz Abdul Hadi untuk mengadu masalah birokrasi yang dihadapinya setelah menganut Islam dalam urusannya dengan pihak berwajib.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Artikel ini

No comments

Powered by Blogger.