Jangan termakan hasutan menghina alim ulama

توليسله اڤ يڠ كاو ليهت، چاتتله اڤ يڠ كاو فيكيركن، بيار مريك ايت تاهو بهاوا ملايو ايت بوكن سمواڽ بوليه دڤربودوهكن. كيت اومت ملايو بڠسا يڠ بردولت، اڬام اسلام منجاديكن كيت هيدوڤ برمرواه، برجواڠله ممباڠونكن بڠسا، منڬقكن اڬام دان ممڤرتاهنكن نڬارا. ايڠتله ڤسانكو اين، بيار ڤوتيه تولڠ، جاڠن ڤوتيه مات


PEGANG SPANAR BELUM PANDAI TETAPI HEBAT MENGKRITIK MEKANIK

Oleh : Muhammad Mujahid bin Ir Hj Mohammad Fadzil

Saya secara peribadi agak terkilan dengan beberapa tanggapan dan pemikiran yang berbunyi, "ulamak tu maksum, tak boleh ditegur atau dikritik", "Ulamak saja yang betul, depa saja masuk syurga...", "ulamak tak boleh terima kritikan orang lain..." dan sebagainya.

Suara suara pemikiran ini mula lahir sejak kebelakangan ini senada dengan kemunculan idea idea liberal secara meluas di Indonesia, Malaysia dan kawasan sekitar. Program program ke arah liberal juga sudah kelihatan selepas penulisan penulisan liberal mula dijual.

Saya tidaklah berniat ingin mengulas tentang liberalisme di dalam penulisan ini kerana ia telah dihurai-jelaskan oleh ramai tokoh pemikiran Islam hari ini. Akan tetapi saya ingin memberi sedikit pembelaan terhadap alim ulamak yang ditohmah sedemikian rupa, dan penjelasan ringkas bagi mereka yang terkeliru.

1. Ulamak tidak maksum dan kita juga tidak maksum

Maksum bermaksud orang yang terpelihara daripada dosa. Dalam Islam, orang yang terpelihara daripada dosa hanyalah nabi nabi AS. Ulamak juga tidak dapat lari daripada dosa, termasuk kita.

Tersilap pandangan bukanlah satu perbuatan dosa. Cuma, wajarkah kita mengatakan ulamak itu salah dalam pandangan mereka sedangkan kita juga bukan pakar dalam bidang tersebut?

Apabila kita sakit, kita jumpa doktor minta pandangannya. Apabila doktor menasihatkan agar kurangkan pengambilan gula, lantas kita bangun dan mengatakan : Saya rasa pandangan doktor salah, doktor bukan maksum. Pandangan saya, saya perlukan gula untuk tenaga. Wajarkah kenyataan seperti ini?

Apabila kereta kita rosak di tepi jalan, lantas kita menelefon mekanik untuk datang. Apabila tiba, mekanik tersebut memulas kunci dan memerhatikan respon enjin. Lalu mekanik tersebut mengatakan bahawa palam pencucuh (spark plug) rosak. Lantas kita menjawab : Saya rasa pandangan kamu salah, saya guna kereta ini sudah 10 tahun, saya lebih arif tentangnya daripada kamu. Wajarkah kenyataan sepert
[11-01, 10:42 AM] misaiku77: i ini?

Dalam bidang agama Islam, para ulamak adalah mereka yang pakar tentangnya. Mereka belajar dan mendalami tentangnya bertahun tahun, bermula daripada asas sehinggalah ke jilid jilid kitab yang dipelajari. Tiba tiba kita yang baru belajar alif ba dan ta di siang hari, di malam harinya kita mengatakan ulamak ini dan ulamak itu salah dalam memberi pandangan mereka.

2. Ulamak boleh ditegur dan dikritik. Kita juga sama. Tetapi tidak dihina.

Perlu tahu beza antara "hina", "kritik" dan "tegur". Apakah kita boleh menyatakan, ulamak perlu menerima penghinaan orang...? Kita bagaimana? Boleh dihina? Apabila ayah kita dihina pasti kita mempertahankan. Tetapi orang yang menghina ayah kita pula berkata : Kamu perlu terima penghinaan kami terhadap ayahmu.

Kritikan ada dua jenis, satu kritikan untuk membina. Satu lagi kritikan untuk menjatuh. Apakah betul kita mengkritik kawan kita di hadapan khalayak ramai bertujuan untuk membina? Sekiranya jawapannya "ya" maka kita juga wajar terima kritikan orang sebegitu.

Dalam masa yang sama, kita seolah olah mengkritik seorang mekanik yang membaiki kereta kita dengan berkata : Kamu mana tahu, kereta ini masalah angin kaburator tak sekata. Saya lebih tahu daripada kamu kerana saya menggunakannya sudah 10 tahun!

Lantas kita mengajak mekanik tersebut berhujah tentang masalah enjin sedangkan kita sendiri tak pandai memegang spanar! Apabila mekanik tersebut tidak mahu berhujah, kita pula mengatakan : Inilah mekanik yang tidak dapat terima kritikan orang, tak terbuka, rasa diri sendiri saja yang betul.

Alim ulamak yang diperkatakan dalam hal ini bukanlah mengeluarkan fatwa tentang perubatan atau pembaikan enjin, akan tetapi berbicara tentang agama Islam yang menjadi bidang kepakaran mereka.

3. Kebebasan bersuara

Agak melucukan apabila munculnya golongan yang "memperjuangkan" kebebasan bersuara. Ya, kebebasan bersuara ada dalam Islam, tetapi diperhalusi dengan etika etikanya. Kebebasan bersuara bukan bermakna ke"liar"an bersuara.

Sebagai contoh, fulan merasa sakit perut lantas dia
[11-01, 10:43 AM] misaiku77: melepaskan hajatnya di pintu masuk pasaraya. Lantas dia ditegur tentang perbuatannya yang salah itu. Tetapi fulan tidak berpuas hati lantas menjawab "suka hati saya lah, punggung saya, najis saya..". Oh tidak, fulan melepaskan hajatnya di tempat awam!

Apabila seorang pesakit tidak bersetuju dengan nasihat doktor supaya dia mengurangkan pengambiln gula, lantas pesakit itu menulis di dalam blognya atau membuat kenyataan media yang bertajuk : Kesilapan Doktor A dalam menganalisis penyakit.

Siapakah kita nak pertikai kepakaran doktor tersebut? Kita mengkritik kepakaran doktor dalam bidang perubatannya sedangkan kita sendiri masih belum pandai melaras katil hospital! Apakah kita masih bebas bersuara mengkritik sesuatu yang kita sendiri tak belajar tentangnya?

Fikir-fikirkan bersama

* Penulis ialah Timbalan Ketua Lajnah Keahlian Ulamak Pelapis DUPN, Exco DPPN dan AJK Lajnah Tarbiah PAS Perak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Cerita ini klik button di bawah
Powered by Blogger.