Lantikan & Kenaikan Pangkat Penjawat Awam


Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,


 Bagi mengambil penjawat awam, maklumat jawatan yang diiklankan haruslah jelas seperti
Nama, Taraf jawatan, Tangga Gaji, Kelayakan, Tarikh tutup dan Alamat.

 Setiap calon yang mendapat tawaran sebagai penjawat awam mestilah memperakukan taraf
kesihatan, tiada sebarang rekod jenayah, bukan seorang penagih dadah, tidak muflis dan
disertakan surat Aku Janji.

 Tarikh seorang penjawat awam dilantik adalah dikira pada tarikh seseorang itu melapor diri.

 Umur persaraan bagi penjawat awam terbahagi kepada dua iaitu bersara atas pilihan dan
bersara wajib.

 Bersara Pilihan :
o Seksyen 12, Akta Pencen 1980 (Akta 227), memperuntukkan kemudahan untuk
anggota perkhidmatan awam bersara secara pilihan (“optional retirement”)
sekiranya berumur sekurang-kurangnya 40 tahun pada tarikh persaraan yang
dipohon dan beliau mempunyai tempoh perkhidmatan yang boleh diambil kira
tidak kurang daripada 10 tahun.

 Bersara Wajib :
o Lantikan sebelum atau pada 1.10.2001 – Umur persaraan wajib adalah 55
tahun.
o Lantikan pada atau selepas 1.10.2001 - umur persaraan wajib adalah 56 tahun.
o Lantikan pada atau selepas 1.07.2008 - Umur persaraan wajib adalah 58 tahun.

 Seorang penjawat awam boleh ditamatkan jawatan atas sebab-sebab berikut :
o Memalsukan apa-apa dokumen (i.e : Cuti sakit)
o Melakukan akuan sumpah palsu seperti menyembunyikan status kesihatan yang
sebenar.
o Tidak lulus atau gagal dalam tapisan keselamatan.
o Tidak disahkan dalam jawatan.

VIRALKAN ARTIKEL DI ATAS
Klik button Facebook, Twitter, WhatsApp di bawah


Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.