Kisah Wali Allah : Kisah Imam Hasan Al Basri berimamkan Syeikh Habib Al-Ajmi

توليسله اڤ يڠ كاو ليهت، چاتتله اڤ يڠ كاو فيكيركن، بيار مريك ايت تاهو بهاوا ملايو ايت بوكن سمواڽ بوليه دڤربودوهكن. كيت اومت ملايو بڠسا يڠ بردولت، اڬام اسلام منجاديكن كيت هيدوڤ برمرواه، برجواڠله ممباڠونكن بڠسا، منڬقكن اڬام دان ممڤرتاهنكن نڬارا. ايڠتله ڤسانكو اين، بيار ڤوتيه تولڠ، جاڠن ڤوتيه مات


Dikisahkan pada suatu hari, Imam Hasan Al-Basri pergi mengunjungi Syeikh Habib Al-Ajmi, seorang sufi besar lain yang terkenal waktu itu. Pada saat tiba waktu solat, Imam Hasan Al-Basri meminta agar Syeikh Habib Ajmi menjadi imam solat dan ia menjadi makmumnya. Imam Hasan Basri terkejut dan tidak menyangka mendengar Syeikh Habib Ajmi banyak melafalkan bacaan solatnya dengan keliru. Ia tidak habis fikir, bagaimana mungkin sufi besar seperti Habib Ajmi membaca ayat-ayat Al Qur'annya banyak yang keliru tajwidnya. Oleh kerana itu, Hasan Basri memutuskan untuk tidak lagi solat berjamaah dengannya. Ia menganggap kurang pantaslah bagi dirinya untuk solat bersama orang yang tidak mengucapkan bacaan solat dengan benar. Selanjutnya ia memutuskan untuk solat munfarid (sendirian).

Di malam harinya, Hasan Al-Basri bermimpi. Ia mendengar Tuhan berbicara kepadanya, “ Hasan, jika saja engkau berdiri di belakang Habib Ajmi dan menunaikan solatmu, niscaya kamu akan memperoleh keredhaan-Ku, dan solat kamu itu akan memberimu manfaat yang jauh lebih besar daripada seluruh solat dalam hidupmu. Kamu mencuba mencari kesalahan dalam bacaan solatnya, tapi kamu tidak melihat keikhlasan, kemurnian dan kesucian hatinya. Ketahuilah, Aku lebih menyukai hati yang tulus daripada pengucapan tajwid yang sempurna. "

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Cerita ini klik button di bawah
Powered by Blogger.