Kisah sahabat Rasulullah masuk syurga walau tak pernah solat

توليسله اڤ يڠ كاو ليهت، چاتتله اڤ يڠ كاو فيكيركن، بيار مريك ايت تاهو بهاوا ملايو ايت بوكن سمواڽ بوليه دڤربودوهكن. كيت اومت ملايو بڠسا يڠ بردولت، اڬام اسلام منجاديكن كيت هيدوڤ برمرواه، برجواڠله ممباڠونكن بڠسا، منڬقكن اڬام دان ممڤرتاهنكن نڬارا. ايڠتله ڤسانكو اين، بيار ڤوتيه تولڠ، جاڠن ڤوتيه مات


Suatu ketika Abu Hurairah bertanya " Ceritakan kepadaku tentang orang yang masuk syurga padahal dia tidak pernah solat pun".Setelah tiada sesiapa pun mengetahui jawapannya, mereka bertanya kembali kepada Abu Hurairah : "Siapakah dia"?

Lalu beliau menjawab : "Usairim dari Bani Abdul Asyhal; Amru bin Thabit bin Waqsy. Pada awalnya beliau enggan menerima Islam tatkala kaumnya memeluk Islam. Kemudian setelah Rasulullah berangkat menuju ke Uhud, beliau baru terbuka hati untuk menerima seruan syariat lalu memeluk Islam.

Lantas dia mengambil pedangnya dan bergegas menyusul tentera Islam yang lain untuk bertempur menentang pihak musuh. Dia berperang sehingga luka parah.

Setelah usai peperangan, sebilangan daripada Bani Abdul Asyhal mencari kaum kerabat mereka yang terbunuh dan ketika itulah mereka menemui ' Usairim.

"Sungguh, ini Usairim. Buat apa dia datang?. Semasa kami keluar, dia masih menolak perkara ini(Islam)!" Maka mereka bertanya kepadanya. "Buat apa kamu datang wahai " Amru? Adakah demi membela kaummu atau Islam?.

Beliau menjawab: Bahkan demi kecintaanku terhadap Islam. Aku beriman dengan Allah dan Rasul-NYA. Lalu aku memeluk Islam seraya mengambil senjataku dan berperang bersama-sama Rasulullah . Aku bertempur habis-habisan sehingga berlakulah apa yang berlaku kepadaku."

Tidak lama kemudian, beliau menibggal dunia ketika diusung oleh mereka. Lalu mereka memberitahu Rasulullah tentang beliau.

Lalu Baginda bersabda: "Sungguh dia ahli syurga" (Riwayat Ahmad)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Cerita ini klik button di bawah
Powered by Blogger.