Kemudahan Fasilitasi Duti Eksais


Bayaran Tertanggung
o Kemudahan untuk membayar secara tangguhan ini diberi dibawah Perintah Duti
Eksais (Kenderaan Bermotor) (Bayaran) 2004. Hanya kenderaan bermotor (selain
motosikal) yang dibenarkan membayar secara tertangguh. Duti eksais hanya perlu
dibayar apabila kenderaan terlibat mempunyai pembeli atau sedia didaftarkan di
JPJ. Bagaimanapun jika kenderaan tidak didaftarkan dalam tempoh empat (4) tahun
maka duti eksais ke atasnya hendaklah dibayar oleh pemegang lesen.

Bayaran Duti Secara Pendahuluan Blanket
Kemudahan ini merupakan pembayaran duti yang dibuat terdahulu atau secara
pukal dan pelepasan barang (minuman keras sahaja) dibuat secara berperingkat.
Kebenaran ini tertakluk kepada kelulusan serta syarat-syarat tertentu yang

ditetapkan oleh Ketua Pengarah Kastam.

Pulangbalik Duti Eksais (Seksyen 13 Akta Eksais 1976)
o Kemudahan ini diberi kepada pemegang lesen apabila terlebih bayar duti eksais atau
tersalah bayar duti eksais. Permohonan hendaklah dikemukakan dalam tempoh satu
tahun daripada duti eksais dibayar.

Remisi Duti Eksais (Seksyen 14 AKta Eksais 1976)
Pemegang lesen boleh memohon secara bertulis kepada Pengarah Kastam Negeri
untuk menghapus duti eksais jika apa-apa barang berduti rosak, musnah,
kemalangan tidak dapat dielakkan dan hilang sebelum dipindahkan dari kawasan

eksais.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Artikel ini

No comments

Powered by Blogger.