Inisiatif Kerajaan (*HighLight Fasa 1 – Fasa 3)

 PR1MA

o Projek Perumahan 1Malaysia (PR1MA)

o Ia disasarkan terutamanya kepada golongan berpendapatan pertengahan yang tidak
mampu memiliki rumah yang mahal, tetapi pada masa yang sama, mereka tidak layak
untuk memohon skim perumahan kos rendah.

o Permohonan hanya dibenarkan untuk bakal pemilik rumah yang memohon untuk kali
pertama

o Terbuka kepada individu/keluarga dengan pendapatan isi rumah (suami dan
isteri)bulanan antara RM2,500 – RM7,500 tidak kira sama ada mereka sedang bertugas
di sektor kerajaan, sektor swasta atau bekerja sendiri.

o Pemohon dan pasangan TIDAK BOLEH memiliki lebih dari satu hartanah

o Para pemohon yang berjaya, layak untuk menerima pinjaman 105% (tambahan lima
peratus adalah untuk perlindungan insurans dan yuran undang-undang) daripada harga
rumah dan tempoh pinjaman maksimum 30 tahun.

o Namun, para pemohon tidak dibenarkan menjual rumah mereka dalam tempoh 10
tahun pertama. Mereka juga mendapat manfaat daripada pengecualian duti setem. Bagi
menyokong inisiatif itu, Perbadanan Program Perumahan 1Malaysia telah ditubuhkan
bagi merancang dan menyelaras projek di bawah program PR1MA

 BR1M 1.0 & 2.0 (Fasa 1 & 2)

o Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)
o Pemberian RM500 (sekali bayar)

o Kepada yang berpendapatan isi rumah kurang RM3,000
o BR1M 2.0, pemberian diperluaskan kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas
dengan jumlah pendapatan kasar RN2,000 sebulan. Pembelian RM250 untuk golongan
ini.
o Permohonan melalui borang yang diedarkan melalui Jabatan Pembangunan
Persekutuan dan cawangan-cawangannya, kaunter perkhidmatan Lembaga Hasil Dalam
Negeri(LHDN), dan agensi-agensi kerajaan negeri

 BR1M 3.0

o Keluarga eKasih - RM1,050
o Keluarga Bawah RM3,000 ke bawah - RM1,000
o Keluarga RM3,001 ke RM4,000 - RM800
o Bujang - RM400

 BB1M

o Bantuan Buku 1Malaysia (BB1M)
o Baucar buku RM200
o Khas untuk pelajar institusi pengajian awam dan swasta termasuk Tingkatan 6, Pusat
Matrikulasi dan institusi pengajian tinggi

 1AZAM
o Akhiri Zaman Miskin (1AZAM)
o Usaha mewujudkan peluang ekonomi yang meningkatkan keupayaan produktiviti isi
rumah berpendapatan rendah supaya mereka dapat membebaskan diri daripada
belenggu kemiskinan dan mampu memperoleh pendapatan dengan usaha sendiri.
o Rujuk NKRA LIH

 KAR1SMA
o Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KAR1SMA)
o Bantuan kewangan untuk kanak-kanak, warga emas dan OKU

 KR1M
o Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M)
o Menyediakan barangan pengguna asas dengan harga 40% lebih murah
o Menyalurkan produk 1Malaysia kepada kedai runcit FELDA
o Memperluas produk 1Malaysia kepada kedai serbaneka dan stesen minyak

 KIR1M
o Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia
o Unjuran daripada KR1M dengan konsep yang sama pada asas harga ikan 40% lebih
murah
o Ikan-ikan terpilih sahaja seperti kembong dan bawal
o Setakat April 2012, hanya sebuah KIR1M beroperasi di Setiawangsa

 Menu Rakyat 1Malaysia
o Menawarkan sarapan pada harga maksimum RM2 dan makan tengah hari pada harga
maksimum RM4.
o Terdapat di restoren-restoren terpilih dan di institusi pengajian
o Ianya adalah hidangan yang lengkap dan berkhasiat terdiri daripada nasi, daging, sayursayuran
dan minuman.
o Menu Rakyat diperkenalkan untuk memberikan pilihan alternatif kepada orang ramai
dengan harga yang berpatutan bagi sarapan pagi dan makan tengah hari.

 Klinik 1Malaysia
o Kos rawatan serendah RM1 kepada rakyat Malaysia
o Kos rawatan percuma kepada warga emas
o Sebanyak 100 klinik 1Malaysia dilancarkan di seluruh Negara (50 buah pada tahun 2012)

 Bantuan Kewangan Kembali ke Sekolah
o RM100 untuk pelajar sekolah menengah dan rendah
o Yuran sekolah kerarajaan dimansuhkan (bermula tahun 2012)

 eKasih
o Bank Data Kemiskinan Kebangsaan Berpusat (eKasih)
o Diigunakan oleh agensi untuk memberikan bantuan kepada orang miskin
o Orang ramai boleh mengakses portal dan mendaftarkan diri secara dalam talian (on-line)
dengan memberikan maklumat asas
o Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) akan melakukan verifikasi terhadap semua kes
yang didaftarkan di portal
o Hanya kes-kes yang telah diverifikasi akan didaftarkan dalam eKasih

 LINUS
o Inisiatif Prasekolah dan Saringan Literasi dan Numerasi (LINUS)
o Inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan standard asas pendidikan negara dengan
memastikan bahawa setiap kanak-kanak memperoleh pendidikan awal serta berpeluang
untuk menjadi individu yang celik huruf dan angka menjelang tahun ketiga
persekolahannya

 SBT
o Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)
o Matlamat untuk mengenal pasti 100 SBT pada tahun 2012
o Sekolah yang beraspirasi dan mempunyai potensi tinggi untuk menjadi SBT diberi
bimbingan oleh kementerian melalui Program “Handholding” untuk melonjakkan
sekolah tersebut setaraf dengan sekolah pada peringkat antarabangsa.
o Semua sekolah yang berhasrat menjadi SBT perlu memastikan mereka tergolong dalam
sekolah berprestasi tertinggi di seluruh negara dan berada dalam Band 1 dalam ranking
Kementerian Pelajaran terlebih dahulu.
o Selain itu, sekolah tersebut perlu memenuhi kriteria ketat instrumen Annex Sekolah
Berprestasi Tinggi, yang menguji etos, perwatakan, alumni dan jalinan dan jaringan
antarabangsa setiap sekolah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Artikel ini

No comments

Powered by Blogger.