Dasar Pembangunan Negara (DPN)

 DPN dilancarkan pada 17 Jun 1991 oleh Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tun Dr. Mahathir
Mohamad. DPN mengambil kira pencapaian, kekuatan dan kelemahan Dasar Ekonomi Baru
(DEB).

 Pelaksanaan DPN bertujuan mewujudkan satu corak pembangunan yang seimbang :
o Keseimbangan antara matlamat pertumbuhan ekonomi dan pengagihannya.
o Pembangunan yang seimbang bagi sektor-sektor utama ekonomi.
o Mengurangkan ketidaksamaan ekonomi dan sosial negara untuk menggalakkan
perkongsian yang lebih adil.
o Mengukuhkan intergrasi nasional dengan mengurangkan jurang ketidakseimbangan
dalam pembangunan ekonomi antara negeri dan antara bandar dan luar bandar.
o Membangunkan satu masyarakat yang progresif.
o Memajukan sumber manusia termasuk mewujudkan tenaga kerja yang berdisiplin
dan produktif.
o Menjadikan sains dan teknologi sebagai teras dalam perancangan dan
pembangunan sosioekonomi.
o Memberi perlindungan kepada alam sekitar dan ekologi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Artikel ini

No comments

Powered by Blogger.