Cara nak,mohon pasport, apa dokumen yang perlu bawa dan jumlah bayaran

توليسله اڤ يڠ كاو ليهت، چاتتله اڤ يڠ كاو فيكيركن، بيار مريك ايت تاهو بهاوا ملايو ايت بوكن سمواڽ بوليه دڤربودوهكن. كيت اومت ملايو بڠسا يڠ بردولت، اڬام اسلام منجاديكن كيت هيدوڤ برمرواه، برجواڠله ممباڠونكن بڠسا، منڬقكن اڬام دان ممڤرتاهنكن نڬارا. ايڠتله ڤسانكو اين، بيار ڤوتيه تولڠ، جاڠن ڤوتيه مات


Ok pagi tadi aku pergi pejabat Imgresen Kuala Selangor di tingkat 4 Kompleks PKNS.

Tujuannya nak buat pasport untuk pergi umrah. Ini first time buat pasport.

Just nak bagitau, apa dokumen yang perlu bawa adalah kad pengenalan bersama satu salinan. Tak perlu bawa gambar, gambar ambil di kaunter terus.

Datang isi borang, pastikan korang berapa tinggi atau korang boleh ukur sendiri kt dinding coz ada alat pengukurnya.

Lepas isi borang, serah di kaunter dan tunggu no giliran.

Bila dipanggil, pergi ke kaunter untuk ambil gambar. Lepas tu bayar.

Bayaran RM100 untuk yg berumur 60 tahun ke atas, dan RM200 bagi yg berunur 13 hingga 59 tahun.

Lepas bayar, tunggu sejam.. pastu baru pasport pun siap

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Cerita ini klik button di bawah
Powered by Blogger.