Akaun Hasil Disatukan


 Hasil-hasil negara dan kerajaan adalah seperti berikut :

o Hasil Kerajaan Persekutuan
o Hasil Kerajaan Negeri
o Hasil Kerajaan Tempatan

Antara jenis-jenis hasil adalah :

o Cukai
 Hasil ini dikutip berasaskan perundangan yang diluluskan oleh Parlimen. Ia
adalah satu bayaran wajib dikenakan ke atas urusniaga, pendapatan,
perbelanjaan dan kekayaan.

 Contohnya adalah seperti cukai pendapatan, cukai jualan dan duti kastam.

 Terbahagi kepada 2 iaitu cukai langsung dan cukai tidak langsung. Cukai
langsung adalah seperti cukai pendapatan.

 Cukai tidak langsung dikenakan ke atas mana-mana pihak apabila
membeli/menggunakan sesuatu barangan/perkhidmatan. Contoh : Cukai
jualan dan cukai perkhidmatan.


o Hasil Bukan Cukai
 Hasil ini dikutip dari perkhidmatan yang disediakan untuk rakyat oleh
kerajaan. Contoh adalah seperti lesen, bayaran pendaftaran, permit dan
sewaan.

 Kadar bayaran yang dikenakan adalah berasaskan peruntukan akta-akta
mengenainya yang diluluskan oleh Parlimen.


o Terimaan Bukan Hasil
 Kutipan jenis ini bukan berdasarkan mana-mana kata atau perundangan.
 Kutipan ini lebih merupakan kutipan dari punca-punca seperti pulangan
balik perbelanjaan dan terimaan untuk perkhidmatan.
 Contohnya seperti Pulangan Balik Gaji Terlebih Bayar, Bayaran Balik
Panggilan Telefon Terlebih Bayar.

o Hasil Wilayah Persekutuan
 Ia adalah Hasil Kerajaan Wilayah Persekutuan
 Hasil dari Wilayah Persekutuan Kualan Lumpur, Wilayah Persekutuan
Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.
 Contohnya Cukai Tanah, Duti Hiburan, Duti Import Petrol, Lesen, Permit
dan Jualan Tanah.

 Hasil Kerajaan Negeri - Hasil dari kedai tuak, hasil tanah, lombong dan hutan, hasil dari
lesen pendaftaran perniagaan, duti hiburan, bayaran mahkamah dan harta karun.

 Hasil Kerajaan Tempatan - Hasil jualan air, sewaan dari bangunan, denda dan rampasan,
cukai pintu dan cukai taksiran dan lesen perniagaan.

 Perbelanjaan negara meliputi hal-hal :

o Mengurus

 Perbelanjaan Mengurus terdiri daripada Perbelanjaan Tanggungan dan
Perbelanjaan Bekalan.

 Perbelanjaan Tanggungan adalah perbelanjaan yang dipertanggungkan
terus kepada KWD atau Undang-undang tertentu.

 Contohnya : Gaji YDPA, Khidmat Hutang Kerajaan, Pencen, Gaji Hakim
dan Pemberian kepada kerajaan negeri.

 Perbelanjaan Bekalan adalah perbelanjaan menguruskan aktiviti kerajaan
sama ada yang berterusan atau one-off dan diperuntukan mengikut

Maksud Bekalan tertentu dan perlu dibentangkan untuk kelulusan Parlimen
sebagai satu Akta Bekalan bagi satu tahun Belanjawan.

 Contoh : Emolumen Kakitangan Kerajaan, Sewaan Pejabat, Pembelian
Aset dan bahan bakar.

o Pembangunan

 Perbelanjaan Pembangunan merupakan Perbelanjaan Modal tidak
berulang dan bukan perbelanjaan penggunaan sebaliknya bersifat
pelaburan. Contoh : Pembinaan Jalan, Sekolah, Pejabat, Hospital dan
Klinik.
 Terdiri daripada Perbelanjaan Secara Langsung dan Perbelanjaan
Pinjaman.
 Perbelanjaan Secara Langsung ialah peruntukan disalurkan terus sebagai
perbelanjaan yang dipertanggungkan sepenuhnya oleh Kerajaan
Persekutuan.
 Perbelanjaan Pinjaman ialah Peruntukan yang dibiayai oleh Kerajaan
Persekutuan dan diberikan secara pinjaman yang perlu dibayar balik
dalam tempoh tertentu.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Artikel ini

No comments

Powered by Blogger.