29.2 peratus rakyat Malaysia sakit mental


Tekanan sara hidup, putus cinta, tekanan pelajaran dan banyak lagi yang menyebabkan semakin ramai sakit mental. Ditambah pula, gejala penyalahgunaan dadah turut menyumbang peningkatan orang gila.


NASIONAL

29.2 peratus rakyat hadapi masalah mental

ONG BOON TECK

17 NOVEMBER 2017

A- A+ (Ubah saiz teks)

KIRA-KIRA 4.2 juta ataupun 29.2 peratus rakyat di negara kita yang berusia 16 tahun ke atas dikatakan menghadapi masalah mental.

Jumlah ini sekali gus mencatatkan peningkatan sebanyak 11.2 peratus berbanding tahun 2006.

Demikian dijelaskan oleh Penaung Persatuan Psikiatri Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye seperti yang dilaporkan oleh China Press.

Menurut Lam Thye, apa yang lebih membimbangkan ialah jumlah murid sekolah yang menghadapi masalah mental ini turut mencatatkan peningkatan.

"Pada tahun 2011, daripada setiap 10 orang, didapati seorang dikesan hadapi masalah ini. Jumlah ini kemudian meningkat sebanyak satu kali ganda pada tahun 2016.

"Jumlah kes membunuh diri akibat perasaan tertekan turut meningkat. Difahamkan, setiap hari, kira-kira tujuh orang di negara kita mempunyai kecenderungan untuk membunuh diri. Jumlah ini lebih tinggi berbanding dengan negara-negara lain seperti Singapura dan Thailand," kata Lam Thye.  

Beliau berpendapat, masyarakat kita pada hari ini bolehlah dianggap dalam situasi yang tidak sihat dan semua pihak perlu memandang perkara ini dengan serius.

Katanya, antara langkah yang boleh dilakukan ialah dengan membantu pesakit mental ini menerima rawatan yang sewajarnya.


Sumber : Sinar Harian


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Artikel ini

No comments

Powered by Blogger.