17 Okt 1945 : tertubuhnya PKMM, parti radikal Melayu


17 Oktober 1945

Pada hari ini dalam tahun 1945, PKMM (Parti Kebangsaan Melayu Malaya) telah ditubuhkan di Ipoh, Perak. PKMM merupakan parti politik pertama yang ditubuhkan selepas pendudukan Jepun di Malaya.

Cita-cita asas penubuhan parti kiri ini ialah untuk menuntut kemerdekaan penuh bagi Malaya, menentang sebarang bentuk penjajahan Inggeris ke arah mencipta sebuah negara kebangsaan yang Merdeka berdasarkan kedaulatan rakyat.

Gambar bersejarah ini menunjukkan barisan kepimpinan PKMM pada tahun 1946.

Dr. Burhanuddin Helmi (Yang DiPertua PKMM)
Pak Sako (Naib Yang DiPertua PKMM)
Zulkifli Ownie (Setiausaha Agung PKMM)
Dahari Ali (Penolong Setiausaha PKMM)
Jalaluddin Hamzah (Ketua Penerangan PKMM)
Ahmad Boestamam (Ahli Jawatankuasa PKMM & Ketua Satu API)
Muhammad Tah (Penolong Bendahari PKMM)

Sumber gambar: Majalah Suluh Malaya, 1946



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Artikel ini

No comments

Powered by Blogger.