11 November 1955: Tertubuhnya Parti Rakyat Malaya berhaluan kiri

توليسله اڤ يڠ كاو ليهت، چاتتله اڤ يڠ كاو فيكيركن، بيار مريك ايت تاهو بهاوا ملايو ايت بوكن سمواڽ بوليه دڤربودوهكن. كيت اومت ملايو بڠسا يڠ بردولت، اڬام اسلام منجاديكن كيت هيدوڤ برمرواه، برجواڠله ممباڠونكن بڠسا، منڬقكن اڬام دان ممڤرتاهنكن نڬارا. ايڠتله ڤسانكو اين، بيار ڤوتيه تولڠ، جاڠن ڤوتيه مات


HARI INI DALAM SEJARAH RAKYAT: 11 November 1955

Pada hari ini dalam tahun 1955, Parti Rakyat Malaya (PRM) telah ditubuhkan di Kuala Lumpur.

Dengan persetujuan Ishak Haji Muhammad (Pak Sako), Dr Burhanuddin Helmy dan para penganjur penubuhan Parti Rakyat, Ahmad Boestamam telah dipilih sebagai pengerusi parti yang pertama. Pada masa itu Boestamam baru saja dibebaskan dari tahanan oleh penjajah Inggeris selama 7 tahun.

Parti Rakyat telah ditubuhkan dengan tujuan untuk menentang penjajahan dan memperjuangkan kemerdekaan penuh tanahair.

Parti ini bersama Parti Buruh Malaya (PBM) kemudiannya telah bergabung di bawah nama 'Fron Sosialis' atau nama penuhnya, Malayan People's Socialist Front.

Sumber gambar: Akhbar The Straits Times (12 Nov 1955) dan Album Malaya Merdeka (1957)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Cerita ini klik button di bawah
Powered by Blogger.