Zon Bebas di Malaysia


 Zon Bebas adalah mana-mana bahagian Malaysia yang diisytiharkan dibawah peruntukan
Seksyen 3(1) Akta Zon Bebas 1990 menjadi suatu Zon Perdagangan atau Zon Perindustrian
Bebas. Zon Bebas adalah satu kawasan yang dianggap di luar Malaysia yang diperuntukkan
di bawah Seksyen 2(1A) Akta KAstam 1967, Seksyen 2 Akta Eksais 1976, Seksyen 2 Akta
Cukai Jualan 1972 dan Seksyen 2A Akta Cukai Perkhidmatan 1975.

 Zon Perdagangan Bebas dibenarkan menjalankan aktiviti perdagangan, manakala Zon
Perindustrian Bebas dibenarkan menjalan aktiviti pengilangan. Permohonan untuk
menubuhkan Zon Bebas hendaklah dimajukan kepada Kementerian Kewangan dan sesalinan
kepada Bahagian Perkastaman Ibu Pejabat.

 Bagi syarikat yang ingin menjalan operasi di dalam kawasan zon yang telah diwartakan,
permohonan hendaklah dikemukakan kepada Pihak Berkuasa Zon yang berkenaan.

 Syarikat yang beroperasi di dalam Zon Bebas boleh memperolehi barang dan perkhidmatan
tanpa bayaran duti kastam, duti eksais cukai jualan atau cukai perkhidmatan kecuali bagi
barang tertentu di bawah Perintah Zon Bebas (Pengecualian ke atas barang-barang dan
perkhidmatan) 1988. Semua pergerakan barang-barang keluar masuk dari/ke Zon Bebas
hendaklah menggunakan borang/dokumen yang ditetapkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Artikel ini

No comments

Powered by Blogger.