Syirik bila anggap ada hukum lebih baik daripada hukum Allah


SYIRIK JIKA TIDAK REDHA DENGAN HUKUM ALLAH.

Perkataan syirik bermakna mempersekekutukan Allah dengan yang lain pada sifat Uluhiyyah Nya yang berhak disembah, dicintai dan dipatuhi perintah Nya dan didoakan kepada Nya ataupun pada sifat Rububiyyah yang menjadikan, mentadbirkan dan menguruskan alam. Maka sesiapa  yang menganggap mana-mana satu daripada sifat-sifat yang tersebut itu ada pada sesuatu yang lain daripada Allah nescaya dia telah melakukan syirik terhadap Allah walaupun pada masa yang sama masih mengaku beriman dengan Allah.

Firman Allah Bermaksud:
"Walaupun kebanyakan mereka beriman kepada Allah dalam pada itu mereka tidak sunyi daripada berbuat syirik".(Yusuf: 106)

Syirik dengan makna menyengutukan Allah dengan sesuatu yang lain dalam semua perkara. Oleh sebab hujah yang tidak ditolak lagi tentang Keesaan Allah dan Keagungan Nya, maka sesiapa yang menyengutui Allah dengan sesuatu yang lain sama ada pada ZatNya, SifatNya dan Af'alNya, termasuk juga hukum Syariat Nya adalah kufur dengan hakikatnya yang sebenar. Begitu juga seseorang yang kafir adalah dianggap syirik kerana mencabar wujudnya Allah Keesaan Nya dan Kesempurnaan Nya apabila ia menerima sesuatu yang lain.

SYIRIK BILA ANGGAP HUKUM LAIN LEBIH BAIK DAN ADIL DARI HUKUM ALLAH.

Boleh juga dianggap syirik apabila mendustakan risalah Nabi Muhammad atau mendustakan sebahagian daripadanya kerana telah mendustakan sesuatu yang diwajibkan oleh Allah supaya beriman kepada Nya. Sesungguhnya Allah telah membuktikan hujah-hujah yang jelas dan kuat tentang kerasulan Nabi Muhammad. Segala apa yang disabda, diamal dan diakui oleh Rasulullah adalah wahyu daripada Allah. Maka sesiapa yang ingkar walaupun sebahagian daripadanya adalah bermakna dia tidak mengiktiraf apa yang dikemukakan oleh Allah, tidak mengakui hujah-hujah Nya. Jadi dengan itu dia telah menganggap sesuatu yang lain atau dirinya sendiri menyengutui Allah dalam menentukan sesuatu itu benar atau tidak benar.

Adalah juga dianggap syirik kepada orang yang tidak redha dengan hukum Allah atau sebahagian daripada hukum Nya dan menganggap hukum yang lain lebih baik atau lebih adil daripadanya seperti yang berlaku dalam Hadis Rasulullah kepada Adi bin Hatim al-Tha'ie dalam menjelaskan:

Firman Allah Bermaksud:
"Mereka jadikan paderi-paderi mereka sebagai tuhan yang lain daripada Allah dan juga (mereka mempertuhankan) al-Masih ibni Maryam, pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan untuk menyembah Tuhan yang Maha Esa, tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Maha Suci Allah daripada apa yang mereka sekutukan".(At-Taubah: 31)

SYIRIK JIKA AMAL SOLEH DIQASADKAN KERANA YANG LAIN.

Allah Berfirman Bermaksud:
"Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah kerana Allah, Tuhan Semesta Alam, tiada sekutu bagi Nya. (Al-An'am: 162)

Beramal kerana yang lain daripada Allah. Tidak menyakini dengan izin Nya berlaku segala sesuatu kerana tidaklah kita berikrar untuk menghambakan diri hanya pada Allah. Bahawasanya, yang dikatakan ibadat itu tidaklah khusus kepada solat, puasa, zakat dan haji sahaja, bahkan semua amal soleh yang diqasadkan kerana Allah adalah juga dikira ibadat dan amal-amal yang seperti itu kalau diqasadkan kerana yang lain tanpa izin-Nya maka dianggap syirik.

SYIRIK JIKA BERAMAL ATAS DASAR KEBANGSAAN ATAU PERKAUMAN SEMATA-MATA.

Sesungguhnya amalan yang menjadikan seseorang itu batal imannya ialah beramal diatas dasar kebangsaan atau perkauman dimana dasar ini dijadikan tujuan mutlak dengan tidak dikaitkan pada agama, (berjuang kerananya, berucap kerananya dan merayu kearahnya) maka pegangan dan amalan itu dianggap syirik dan membatalkan Dua Kalimah Syahadah. Hal yang demikian kerana Allah memerintah supaya kita beramal, berjihad dan berjuang kerana Nya. Apabila kita melakukan itu semua kerana bangsa kita semata-mata, maka itu adalah batil.

Seseorang muslim itu tidak menilai sesuatu tindakan menurut kepentingan kaumnya sahaja tetapi mestilah menurut apa yang diperintahkan oleh Allah SWT.

Maksudnya: "Bukan daripada kalangan kita orang yang menyeru kearah Assabiyyah, bukan daripada kalangan kita orang yang berperang atas Assabiyyah dan bukan daripada kalangan kita orang yang mati atas dasar Assabiyyah" (HR.Imam Muslim dan Abu Daud, Al-Nasa'i)

Para sahabat Rasulullah SAW pernah bertanya maksudnya:
"Apakah dia Assabiyyah itu wahai Rasulullah?
Rasulullah SAW menjawab maksudnya
"Assabiyyah itu ialah kamu menolong kaummu atas dasar kezaliman".

Zalim menurut Islam ialah sesuatu yang lain daripada hukum Allah atau menyalah gunakan hukum Allah. Adapun perasaan kasih kepada bangsa dan kaum diatas jalan yang sebenar, adalah diizinkan oleh Allah dan tidaklah dinamakan Assabiyyah.

SYIRIK JIKA BERAMAL KERANA NEGARA ATAU NEGERI MENJADI MATLAMAT AMALNYA.

Begitu juga halnya beramal kerana negara atau kenegerian boleh dianggap syirik, jika sekiranya itu semua menjadi matlamat amalnya. Seseorang Muslim itu tidak berhubung dengan negaranya hanyalah menurut makna penyerahan diri kepada Allah. Beramal untuk kepentingan negara dan penduduknya kerana Allah. Adapun jika negara menjadi kiblat amal dan tidak lagi kerana Allah, maka amalan tersebut dianggap syirik dan Allah mencela kaum yang bergantung dengan negaranya semata-mata.

Allah Berfirman Bermaksud:
"Dan jika Kami wajibkan atas mereka, bunuhlah diri-dirimu atau keluarlah dari kampung-kampung kamu, nescaya mereka tidak melakukannya, kecuali sedikit dalam kalangan mereka. Pada hal jika mereka kerjakan apa yang mereka dinasihatkan, nescaya terlebih baik bagi mereka dan lebih tetap" (Al-Nisa': 66)

PERKARA YANG MEMBATALKAN DUA KALIMAH SYAHADAN.
MEMBERI HAK SECARA MUTLAK KEPADA YANG LAIN DARIPADA ALLAH SWT DARI SEGI MENGADAKAN HUKUM SYARAK

Allah mewajibkan kita mengikut Syariat Islam dan melarang kita mengikuti yang lain daripada Syariat Allah. Sebarang undang2 dan hukum2 yang terkeluar daripada Syariat Allah samada dari segi perinsip umum ataupun roh perundangan Islam adalah haram bagi umat Islam.

Firman Allah Bermaksud:
"Kemudian Kami jadikanmu diatas satu syariat, peraturan tentang urusan itu (agama), maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang yang tidak mengetahui" (Al-Jatsiyah: 18)

Firman Allah Bermaksud:
"Apakah mereka mahu hukuman jahiliyyah? Pada hal siapakah yang hukumannya lebih baik daripada Allah bagi orang yang yakin" (Al-Maidah: 50)

Allah tidak mengharuskan kepada orang Mukmin redha kepada yang lain  daripada hukum Nya atau berhakimkan kepada yang lain daripada apa yang diwahyukan oleh Allah dan memerintah supaya mengkufuri hukum yang lain. Sesungguhnya menganggap kerelaan kepada yang lain daripada hukum Nya adalah sesat dan adalah menurut jejak langkah syaitan.

Firman Allah Bermaksud:
"Tidak kamu memerhatikan orang yang mengaku dirinya telah beriman apa yang diturunkan kepadamu dan apa yang diturunkan sebelummu. Mereka hendak berhakimkan kepada toghut, padahal mereka diperintah supaya mengingkari toghut dan syaitan bermaksud menyesatkan yang sejauh-jauhnya" (Al-Nisa': 60)

ALLAH TIDAK MENGHARUSKAN KEPADA ORANG YANG BERIMAN MEMILIH YANG LAIN DARIPADA HUKUM NYA

Firman Allah Bermaksud:
"Dan tidak patut bagi lelaki yang Mukmin dan perempuan yang Mukminat, apabila Allah dan Rasul Nya telah menetapkan sesuatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan yang lain tentang urusan mereka" (Al-Ahzab: 6)

Menurut Islam, pemerintah tidak mempunyai kuasa mutlak. Ia hanya mempunyai kuasa mentadbir dan memikul amanah bagi melaksanakan hukum dan umat Islam diperintah supaya taat kepada pemerintah yang menurut hukum Allah dalam perkara yang tidak bercanggah dengan hukum itu.

Firman Allah Bermaksud:
"Wahai orang yang beriman, taatilah kamu kepada Allah, Rasul Nya dan orang yang memegang  kekuasaan dalam kalangan kamu. Maka jika kamu berselisih pendapat tentang sesuatu maka kembalilah kepada Allah (Al-Quran) dan Rasul (Sunnah), jika kamu benar-benar beiman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama bagimu dan lebih baik akibatnya" (An-Nisa': 59)

Sabda Rasulullah Maksudnya:
"Tidak ada taat kepada makhluk dalam perkara yang menderhakai Allah" (Bukhari dan Muslim)

ALLAH MEMERINTAH KITA BERHUKUM DENGAN HUKUM-HUKUM NYA

Firman Allah Bermaksud:
"Dan hendaklah engkau menjalankan hukum diantara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkan kamu daripada sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab sesetengan dari dosa-dosa mereka dan sesungguhnya kebanyakan daripada umat manusia itu adalah orang yang fasik" ((Al-Maidah: 49)

Firman Allah Bermaksud:
Sesungguhnya Allah telah menurunkan Kitab kepadamu dengan membawa kebenaran, supaya kamu berhukum dalam kalangan manusia dengan apa yang Allah wahyukan kepadamu, dan janganlah kamu menjadi penentang kerana membela orang kianat" (Al-Nisa': 105)

MEMBATALKAN SYAHADAN BILA TUNJUKKAN PERASAAN BENCI KEPADA ISLAM SAMA ADA KESELURUHAN ATAU SEBAHAGIAN DARIPADANYA.

Firman Allah Bermaksud:
"Dan orang yang kafir maka kecelakaanlah bagi mereka dan Allah menyesatkan amal mereka. Yang demikian itu adalah kerana sesungguhnya mereka benci kepada apa yang diturunkan Allah (Al-Quran) lalu Allah menghapuskan amalan mereka" (Muhammad: 8-9)

Termasuk dalam makna "kebencian" itu ialah tidak menyetujui hukum-hukum Allah sama ada yang berhubung dengan ibadat juga muamalat, ekonomi, politik, pendidikan dan sebagainya, juga benci kepada segala apa yang terkandung dalam satu ayat Al-Quran sahaja atau Hadis Nabi sahaja sama ada sabda Rasulullah melalui amalan dan pengakuannya.

Termasuk juga dalam makna "kebencian" itu ialah memperolokkan dan mempersenda-sendakan Al-Quran dan Sunnah atau mempersendakan orang yang yang menegakkan kedua-duanya. Sesungguhnya sikap mempersendakan Allah dan Rasul Nya, seperti mereka yang menganggap bahawa hukum-hukum yang ada dalam Al-Quran itu sudah lapuk, tidak sesuai, tidak adil dan sebagainya, mempersenda-sendakan ulama' yang soleh juga pendakwah-pendakwah semata-mata kerana ajaran dan dakwah yang dibawa dan juga mempersendakan orang yang berjihad untuk menegakkan kalimah Allah adalah juga termasuk dalam pengertian sebagaimana yang tersebut diatas.

Firman Allah Bermaksud:
"Antara mereka (orang munafik) ada orang yang menyakiti Nabi dan mengatakan bahawa Nabi mempercayai semua apa yang didengarnya. Katakanlah ia mempercayai semua yang baik bagi kamu, ia beriman kepada Allah, mempercayai orang Mukmin dan menjadi Rahmat bagi orang-orang yang beriman antara kamu. Dan orang yang menyakiti Rasulullah itu bagi mereka azab yang pedih" (At-Taubah: 61)

Firman Allah Bermaksud:
"Orang munafik itu takut kalau diturunkan terhadap mereka satu surah yang menerangkan apa yang tersembunyi dalam hati merrka. Katakanlah kepada mereka, "Teruskanlah berolok-olokmu terhadap Allah dan Rasul Nya," sesungguhnya Allah akan melahirkan apa yang kamu takuti itu. Dan jika kamu tanyakan kepada mereka (tentang memperolok-olokkan itu), tentu mereka akan menjawab, "sesungguhnya kami hanya bersenda gurau dan bermain-main sahaja. Katakanlah, "Apakah dengan Allah, ayat-ayat Allah dan Rasul Nya kamu selalu berolok-olok?" Janganlah kamu memberi alasan, sesungguhnya kamu telah kafir sesudah beriman" (At-Taubah: 64-66).

TIDAK BERIMAN DENGAN SESETENGAH AYAT AL-QURAN DAN AL-SUNNAH JUGA MEMBATALKAN IKRAR DUA KALIMAH SYAHADAH.

Firman Allah Bermaksud:
"Apakah kamu beriman dengan setengah-setengan kitab (Taurat begitu juga Al-Quran) dan kamu kufur dengan setengahnya yang lain? Maka tidak ada balasan bagi mereka yang melakukan demikian itu daripada kamu melainkan kerugian hidup didunia. Dan diakhirat nanti dikembalikan kepada seksa yang pedih. Dan Allah tidak lengah daripada apa yang kamu kerjakan" (Al-Baqarah: 85)

Sabda Rasulullah SAW Maksudnya:
"Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, kamu tidak sesat selagi kamu berpegang dengan keduanya, Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah SAW" (HR. Imam Malik)

MENGHALALKAN YANG HARAM DAN MENGHARAMKAN YANG HALAL TURUT MEMBATALKAN SYAHADAH KERANA MEMINDA DAN MENYANGGAH HUKUM ALLAH.

Firman Allah Bermaksud:
"Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidahmu secara dusta, "Ini halal dan ini haram," untuk mengadakan kebohongan terhadap Allah. Sesungguhnya orang yang mengada-ngadakan kebohongan terhadap Allah tidaklah mencapai kemenangan" (Al-Nahl: 116)

Janganlah terlalu gopoh dalam menyatakan hukum sehingga menghalalkan apa yang diharamkan dan sebaliknya kecuali setelah nyata hukum Allah dan Rasul Nya dengan sejelas-jelasnya. Antara sifat ulama Salaf dalam perkara-perkara yang tidak ada nas yang terang, mereka hanya berkata, "Ini saya tidak suka atau tidak setuju atau benci." Mereka tidak terus mengatakan halal dan haram dalam perkara-perkara yang samar-samar apa lagi kalau kita diperingkat yang jahil.

Mengharamkan apa yang dihalalkan dan menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah adalah kufur. Sementara gopoh dalam kedua-dua bahagian itu sama sahaja kerana seseorang Muslim itu tidak harus terkeluar daripada batas-batas Allah dan juga Rasul Nya dengan pendapat yang dia tidak mengerti dan memahaminya.

Firman Allah Bermaksud:
"Wahai orang yang beriman, janganlah kamu mendahului Allah dan Rasul Nya dan bertawakallah kepada Allah. Sungguh Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui" (Al-Hujarat: 1)

MEMBATALKAN SYAHADAH APABILA TAAT KEPADA YANG LAIN DARIPADA ALLAH SWT KECUALI KEPADA SESIAPA YANG DIPERINTAHKAN ALLAH SUPAYA TAAT.

Firman Allah Bermaksud:
"Dan janganlah kamu mentaati perintah orang yang melampui batas" (Asy-Syu'ara: 151)

Firman Allah Bermaksud:
"Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang yang dimuka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkan kamu daripada jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti perangsakaan belaka dan mereka tidak lain hanya berdusta  kepada Allah. Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah yang lebih mengetahui tentang orang yang mendapat pertunjuk" (Al-An'am: 116-117)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Artikel ini

No comments

Powered by Blogger.