Sudah 10 tahun Izi Yahya pergi


Masih ingatkah korang dengan Allahyarham Izi Yahya, antara pelakon handalan Malaysia yang terkenal dengan keberkesanannya melakonkan watak negatif dan penjahat dalam drama/filem. Antara watak beliau yang masih dikenang ialah sebagai Liutenant Akaishi dalam filem Embun dan Johari dalam Ali Setan.

Lakonan Izi Yahya akan tetap dikenang ramai kerana beliau merupakan antara pewaris yang menyambung legasi pelakon legenda berwatak jahat dan bengis seperti Salleh Kamil dan A. Rahim.

Beliau telah meninggal dunia pada 25 Jun 2007 di Hospital Johor Bahru pada jam 10.30 pagi di usia 42 tahun akibat sakit jantung.

Sekarang ni pelakon tempatan mana yang kita nampak 'menjadi' melakonkan watak 'crook'?



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Artikel ini

No comments

Powered by Blogger.